Konsert Ella di Singapura ‘sold out’

Konsert Ella di Singapura ‘sold out’

Konsert Ella di Singapura 'sold out'
Ella mengumumkan melalui Instagram (IG) tiket bagi konsertnya di Singapura, Ogos ini, habis terjual. Foto IG Ella

KUALA LUMPUR : Persis konsert di Axiata Arena, Bukit Jalil, minggu lalu, tiket menyaksikan persembahan Ratu Rock, Ella di Singapura, Ogos ini, ‘licin’ disapu peminat, sebaik jualan dibuka, pada jam 10 pagi tadi.

Mengikut semakan di Instagram (IG) Ella, 80 peratus daripada tiket Konsert Jilid Akhir Ella : Puteri Kota di The Star Theatre, Singapura, pada 18 Ogos ini, habis ‘disambar’ peminat selepas lima jam jualan dibuka.

The Star Theatre dilaporkan mempunyai kapasiti 5,000 penonton.



Ella yang popular dengan rangkaian lagu seperti Sembilu dan Standing In The Eyes of The World, bersyukur atas sambutan baik peminatnya di Singapura.

Konsert Ella di Singapura 'sold out'
Ella ‘menggegar’ Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada konsert dua malam, minggu lalu. Foto NSTP Saifullizan Tamadi

“Alhamdulillah, tiket konsert Ella habis dijual… Terima kasih semua,” katanya dalam hantaran dimuat naik di IG.

Sementara itu, semakan di ruang komen IG, mendapati peminat yang gagal mendapatkan tiket, mahu Ella menambah slot persembahan dan berpindah ke premis lebih besar seperti Stadium Tertutup Singapura.

“Tolong buka jualan tiket untuk malam kedua. Tiket ‘sold out’ cepat sangat macam goreng pisang panas,” komen seorang peminat.



Konsert Jilid Akhir Ella: Puteri Kota di Axiata Arena, Bukit Jalil, minggu lalu, diiktiraf Malaysia Book of Records (MBR) sebagai konsert paling laris dengan tiket habis ‘disapu’ peminat dalam tempoh 24 jam.

Konsert Ella di Singapura ‘sold out’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PRN tanpa Najib, risiko kepada PN,PH atau BN?

 



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading