Tapak kaki berusia 100,000 tahun
Tapak kaki berusia 100,000 tahun
Rabat: Ahli arkeologi di Maghribi menemukan lebih 80 tapak kaki manusia yang berusia kira-kira 100,000 tahun lalu, dan dipercayai yang tertua di Afrika Utara.
Jejak kaki yang mungkin ditinggalkan oleh lima homo sapiens, termasuk kanak-kanak, ditemukan di pantai di Larache, sebuah bandar 90 kilometer (km) di selatan Tangier, oleh ahli arkeologi dari Maghribi, Sepanyol, Perancis, dan Jerman.
Kurator di tapak arkeologi Lixus Larache, Anass Sedrati berkata, kumpulan (homo sapiens) itu dipercayai sedang menyeberangi pantai menuju ke laut.
“Kumpulan ini mungkin untuk mencari makanan dan kerang. Mereka mungkin nelayan atau pengumpul,” katanya.
Pasukan penyelidik, yang kajiannya diterbitkan dalam jurnal saintifik Nature pada Januari berkata, tapak kaki itu adalah sebahagian daripada kesan manusia yang paling terpelihara di dunia dan yang tertua di Afrika Utara dan selatan Mediterranean.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Beri Caruman KWSP Kepada Cikgu PASTI Sebelum Sibuk Pasal Pencen Penjawat Awam
- Bolehkah Sejuta Tandatangan Yang Akan Di Kumpul UMNO Dapatkan Pengampunan Penuh Untuk DS Najib
“Penemuan ini dibuat semasa misi lapangan pada Julai 2022, sebagai sebahagian daripada projek penyelidikan saintifik mengenai asal-usul dan aspek dinamik batu-batu yang bertaburan di sepanjang pantai,” kata penyelidik yang diketuai oleh Universiti Bretagne Sud dari Perancis.
Pada 2017, beberapa serpihan homo sapiens berusia 300,000 tahun ditemukan di barat laut Maghribi, satu kejayaan yang menolak anggaran asal spesies manusia sudah ada 100,000 tahun lalu.
Menurut Anass Sedrati lagi, kesan tapak kaki di Larache adalah bukti lanjut mengenai kepentingan wilayah itu dalam sejarah manusia.
Sementara itu, ketua projek penyelidikan, Mouncef Sedrati berkata, tapak warisan itu harus dikekalkan.
“Kita mesti mengekalkan tapak warisan yang luar biasa ini, walaupun ia diancam oleh kenaikan paras laut dan ribut.
“Jejak kaki lain akan ditemukan apabila sedimen terhakis. Adalah menarik untuk mengikuti hakisan ini dan mendedahkan jejak baharu yang akan memberikan lebih banyak butiran mengenai homo sapiens yang tinggal di sepanjang pantai ini,” katanya.
Tapak kaki berusia 100,000 tahun
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Derita Rakyat Selepas PRU 14
- Skandal SPANCO: Senarai PM Dan Menteri Kewangan Yang Akan Di Panggil SPRM
- UMNO Mesti Merakyatkan Perjuangan Keadilan Untuk Bossku
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Memang Mahathir Bukan Wali, Tapi Makam Mahathir Hampir Menyamai Wali