Akibat 60 jam main ‘game’, lelaki mula berhalusinasi

Akibat 60 jam main ‘game’, lelaki mula berhalusinasi

Akibat 60 jam main 'game', lelaki mula berhalusinasi
ARNABAS Vujity-Zsolnay bermain permainan World of Warcraft itu secara berterusan selama 59 jam 20 minit. FOTO GWR

Budapest: Seorang cef di Budapest memecahkan rekod bermain permainan video, World of Warcraft, paling lama iaitu selama hampir dua setengah hari, lapor Rekod Dunia Guinness (GWR).

Barnabas Vujity-Zsolnay bermain permainan World of Warcraft itu secara berterusan selama 59 jam 20 minit.

Dia memecahkan rekod sebelumnya iaitu 23 jam 31 minit.



Lebih tepat, pencapaian itu memberikan lelaki itu dengan pengiktirafan rekod dunia untuk maraton bermain paling lama untuk World of Warcraft menerusi MMORPG. Ia merujuk kepada permainan video yang disertai oleh ramai pemain, pada satu-satu masa.

Keseluruhan percubaan untuk pecah rekod oleh Barnabas itu distrim secara langsung dari studio laman web permainan Hungary, esport1.hu , dengan semua hasil daripada penstriman itu disumbangkan kepada badan amal.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Mesti Merakyatkan Perjuangan Keadilan Untuk Bossku




World of Warcraft , serupa dengan MMORPG lain membolehkan pemain mencipta watak dan meneroka dunia maya di mana mereka boleh melawan raksasa dan bermain dengan pemain lain.

Barnabas meluangkan masa dengan ‘membersihkan penjara bawah tanah’ bersama rakan-rakannya, serta ‘bertempur’ dengan pemain lain di arena ditetapkan.

Bagaimanapun, selepas bermain selama 30 jam, Barnabas berkata, dia mula bosan kerana sudah kehabisan perkara untuk dilakukan, dan kira-kira selepas 45 jam, dia mula berhalusinasi.

“Saya perasan halusinasi ringan mula terbentuk. Ia lucu tetapi juga sukar untuk menumpukan perhatian semasa penstriman langsung,” katanya.



Mengikut peraturan setiap rekod, Barnabas memperoleh masa rehat lima minit untuk setiap jam permainan. Hanya semasa waktu rehat ini, dia boleh makan, tidur atau ke tandas.

Barnabas berkata, sangat sukar untuk mengatasi keletihan, tetapi dia tidak pernah merasakan perlu untuk mengambil sebarang kafein, sebaliknya memilih minum air sahaja.

Dia menganggarkan bahawa dia minum kira-kira 15 liter air sepanjang percubaan untuk memecahkan rekod itu.

Barnabas sudah bermain World of Warcraft sejak lebih sedekad lalu dan semasa muda, dia sering bermain permainan video itu sehingga 10 jam pada hari bekerja dan 16 jam pada hujung minggu.



“Saya tidak menyesalinya, namun saya tidak mengesyorkannya.

“Saya suka permainan ini dan saya akan merebut semula rekod itu jika ia ditewaskan. Ini milik saya seumur hidup. Saya mahu semua orang tahu itu,” katanya.

Akibat 60 jam main ‘game’, lelaki mula berhalusinasi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Memang Mahathir Bukan Wali, Tapi Makam Mahathir Hampir Menyamai Wali




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading