Israel tolak cadangan gencatan senjata

Israel tolak cadangan gencatan senjata

Israel tolak cadangan gencatan senjata
KANAK-KANAK perempuan berjalan di kawasan yang terjejas akibat pengeboman Israel di Rafah, selatan Gaza. FOTO AFP

Beirut: Tindakan berterusan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dalam perang di Gaza menunjukkan matlamat genosid (pembunuhan beramai-ramai) terhadap rakyat Palestin.

Seorang pegawai kanan kumpulan pejuang Hamas yang berpangkalan di Lubnan, Osama Hamdan berkata, mereka akan terus berusaha melindungi rakyat Palestin.

“Ketegasan Netanyahu untuk meneruskan pencerobohan itu benar-benar mengesahkan bahawa matlamat pencerobohan ke atas Gaza adalah pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin.



“Kami akan melakukan segala usaha untuk melindungi rakyat kami, sama ada melalui penentangan di lapangan atau usaha politik untuk menghentikan pencerobohan,” katanya.

Netanyahu pada Rabu menolak permintaan Hamas untuk gencatan senjata dan mengarahkan tentera bersiap sedia untuk bergerak ke bandar Rafah di selatan Gaza, di mana lebih sejuta rakyat Palestin mencari perlindungan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Mesti Merakyatkan Perjuangan Keadilan Untuk Bossku

Seorang pegawai Mesir berkata, pusingan rundingan baharu akan bermula pada Khamis di Kaherah, bertujuan untuk mencapai gencatan senjata di Semenanjung Gaza.

Hamdan berkata, delegasi Hamas yang diketuai oleh pegawai kanan, Khalil al-Hayya, akan pergi ke Kaherah pada Khamis untuk tindakan lanjut pada rundingan dalam rangka usaha Mesir-Qatar.



Minggu lalu, sumber Hamas berkata, cadangan gencatan senjata baharu itu memerlukan jeda selama enam minggu untuk pertempuran dan pertukaran tebusan-banduan, serta lebih banyak bantuan untuk Gaza, tetapi rundingan diteruskan sejak itu.

Blinken juga membuat rayuan baharu untuk lebih banyak bantuan ke Gaza, yang mana 2.4 juta penduduknya dikepung, kekurangan air bersih, makanan, bahan api dan bekalan perubatan yang teruk.

Setiausaha Negara AS itu juga pergi ke Tebing Barat di mana dia bertemu Presiden Palestin Mahmud Abbas.

Sehingga semalam, serangan udara dan serangan darat Israel membunuh sekurang-kurangnya 27,708 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, menurut kementerian kesihatan Gaza.

Israel tolak cadangan gencatan senjata


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Memang Mahathir Bukan Wali, Tapi Makam Mahathir Hampir Menyamai Wali

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker