Karen Cheah Tak Layak Jadi Presiden Majlis Peguam

Karen Cheah Tak Layak Jadi Presiden Majlis Peguam

Karen Cheah Tak Layak Jadi Presiden Majlis Peguam

Presiden Majlis Peguam Malaysia, Karen Cheah, sememangnya sudah dikenali sebagai seorang yang sangat membenci mantan perdana menteri, DS Najib.

Penulis tidak tahu sama ada beliau pernah mempunyai masalah peribadi dengan DS Najib atau tidak.

Tetapi sebagai seorang yang telah dipilih sebagai presiden kepada Majlis Peguam, beliau sepatutnya bersikap profesional.



Setiap kenyataan yang beliau keluarkan, tidak boleh bersifat peribadi kerana ianya akan melambangkan profesionalisma profesion peguam secara keseluruhan.

Pada bulan September 2022, peguam kanan, Zaid Ibrahim pernah membidas kenyataan yang dibuat oleh Karen Cheah.

Karen Cheah berkata, pengampunan diraja terhadap DS Najib akan dianggap sebagai tindakan mempersendakan prinsip keluhuran undang-undang dan sistem keadilan di negara ini.

Bagaimana seorang presiden Majlis Peguam boleh mempertikaikan kuasa prerogatif YDP Agong yang jelas tercatat di dalam perlembagaan negara.



Tidak mungkin seorang pengamal undang-undang tidak tahu mengenai perkara ini.

Atau Karen Cheah sudah merasakan jawatan presiden Majlis Peguam yang beliau pegang sudah cukup besar hingga boleh mengeluarkan arahan kepada YDP Agong!!!

Lebih memalukan, apabila dalam satu kenyataan dari Karen Cheah baru-baru ini mengatakan YDP Agong mesti mendengar nasihat Lembaga Pengampunan dalam membuat keputusan pengampunan.

Ini sangat jelas adalah satu kenyataan derhaka yang memperlekehkan kuasa prerogatif YDP Agong dan bercanggah dengan perlembagaan.



Dalam Perkara 42(5) Perlembagaan Persekutuan secara jelas menyatakan:

Lembaga Pengampunan yang ditubuhkan bagi setiap Negeri hendaklah terdiri daripada Peguam Negara Persekutuan, Ketua Menteri Negeri itu.

Dan tidak lebih daripada tiga orang anggota lain yang hendaklah dilantik oleh Raja atau Yang di-Pertua Negeri.

Ini bermaksud, selain dari 2 kehadiran wajib (Peguam Negara dan Menteri), 3 anggota lantikan Lembaga Pengampunan dilantik oleh YDP Agong.



Dan dalam melantik 3 anggota tersebut, YDP Agong tidak terikat untuk mendengar nasihat dari mana-mana pihak.

Di mana rasionalnya, pihak yang melantik terikat untuk mendengar nasihat dari pihak yang dilantik dalam membuat keputusan.

Pengampunan Adalah Keputusan YDP Agong Bukannya Lembaga Pengampunan

Dalam Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan secara jelas menyatakan kuasa pengampunan adalah kuasa prerogatif YDP Agong bukannya Lembaga Pengampunan.

Tentu kita masih ingat bagaimana Anwar Ibrahim telah diberikan pengampunan oleh YDP Agong ke XV, Sultan Muhammad V.



Ketika itu baginda telah memberikan pengampunan penuh kepada Anwar tanpa melalui Lembaga Pengampunan.

Dan jangan lupa, ketika itu, salah satu dari kehadiran wajib Lembaga Pengampunan, Peguam Negara, masih lagi tiada penyandangnya.

Ianya kerana Peguam Negara ketika itu, Apandi Ali, telah dipaksa untuk mengosongkan jawatan dan ianya belum digantikan dengan Tommy Thomas.

Ada pihak cuba mencabar pengampunan tersebut atas kapasiti tiada Lembaga Pengampunan yang menasihati YDP Agong ke XV dalam membuat keputusan.



Tetapi ianya telah ditolak oleh mahkamah kerana kuasa pengampunan adalah kuasa prerogatif YDP Agong sebagaimana yang tercatat dalam perlembagaan.

 

Penulis bersetuju dengan kenyataan TS Shafee Abdullah, Karen Cheah, patut belajar balik undang-undang.

Kerana pada pandangan penulis, beliau tidak layak untuk menjadi peguam, apa lagi menjadi presiden Majlis Peguam Malaysia, sangat memalukan!!!

 

Karen Cheah Tak Layak Jadi Presiden Majlis Peguam

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button