Dua along simbah cat rumah peminjam wang ditahan

Oleh – Syeikh Baran


Dua along simbah cat rumah peminjam wang ditahan
GAMBAR HIASAN

Dua lelaki dipercayai along ditahan kelmarin selepas disyaki terbabit dalam kes membuat gangguan dengan menyimbah cat merah di hadapan rumah penerima pinjaman wang.

Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kedua-dua suspek berusia masing-masing berusia 25 dan 26 tahun ditahan dalam serbuan berasingan semalam.



“Suspek pertama kita tahan pada jam 7.30 malam di Kampung Padang Bongor. Suspek kedua pula jam  11 malam Padang Garong.

“Penahanan suspek itu membawa kepada rampasan satu unit telefon, sebuah motosikal, sepasang kasut warna putih yang mempunyai kesan tompok merah disyaki cat merah, tiga botol lutsinar  mengandungi cecair merah disyaki cat merah, satu tin cat dan satu jag lutsinar bersama satu senduk kayu disyaki digunakan untuk membancuh cat merah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, kedua-dua suspek direman selama empat hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

Katanya, terdahulu kejadian itu disedari ibu mangsa pada Ahad sekitar pukul 7.30 malam selepas melihat kawasan hadapan rumahnya telah disimbah cat berwarna merah.



“Cat itu turut mengenai sebuah kereta jenis Perodua MyVi berwarna biru milik jirannya. Pada masa sama, satu nota amaran turut ditinggalkan oleh pihak along yang mana menyatakan “hutang bayar boss!!! Tersangkut hutang boss, nama, no KP dan alamat pengadu..Bayar hutang boss… warning wasap balik 011-25412xxxx settle cepat boss”.

“Mangsa memaklumkan ada membuat pinjaman wang sebanyak RM300 melalui applikasi pada tahun 2021 dan telah terima wang pinjaman sebanyak RM150.00,” ujarnya.

Muhamad Zaki berkata, bagaimanapun mangsa telah membuat bayaran semula pinjaman wang tersebut lebih kurang RM 1,000  yang mana bayaran tersebut dibuat melalui aplikasi yang sama. 

Katanya, selepas itu, pihak along telah meminta mangsa membuat pembayaran sebanyak RM10,000, namun mangsa tidak mampu membuat bayaran tersebut  sebelum bertindak memadam aplikasi tersebut.



Sumber – UTUSAN


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading