Imigresen tahan perempuan Thailand di kelab malam

Oleh – Syeikh Baran


Imigresen tahan perempuan Thailand di kelab malam
Jabatan Imigresen Kuala Lumpur menahan warga Thailand dalam serbuan di kelab malam, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pagi tadi. – Foto IMIGRESEN

Jabatan Imigresen (Imigresen) menahan 31 wanita warga Thailand disyaki pelayan dalam serbuan ke atas sebuah kelab malam di Jalan Ampang, di sini, awal pagi tadi.

Turut ditahan dalam Operasi Gegar oleh Imigresen Kuala Lumpur, pada jam 1.40 pagi itu ialah sembilan lelaki warga Bangladesh yang juga pekerja premis hiburan berkenaan.

Imigresen Kuala Lumpur berkata, pihaknya melakukan pemeriksaan terhadap 81 individu membabitkan pekerja dan pelanggan.

“Kita menahan enam lelaki tempatan serta 40 orang terdiri daripada wanita warga Thailand lelaki Bangladesh.



“Semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 39(b) Akta Imigresen, Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 56(1)(d),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Imigresen Kuala Lumpur berkata, petugas turut menjalankan saringan COVID-19 ke atas Orang Kena Tahan (OKT) dan mereka bebas gejala berkenaan.

Semua OKT warga asing dibawa ke Depoh Imigresen Bukit Jalil untik tindakan lanjut.

Sumber – BERITA HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker