Bomba lakukan enam selaman cari kanak-kanak jatuh tali air
Bomba lakukan enam selaman cari kanak-kanak jatuh tali air

KUALA TERENGGANU: Anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia melakukan enam kali selaman semasa Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) kanak-kanak berusia tiga tahun yang dikhuatiri lemas di tali air Kampung Kebor Besar, Manir, di sini, hari ini.
Komander Operasi Bomba Terengganu, Mohd Mazimi Mohamad, berkata Pasukan Penyelamat Di Air melakukan selaman pertama sejurus tiba selepas menerima maklumat daripada keluarga mangsa jam 4.28 petang.
“Operasi SAR ditangguhkan selepas selaman kelima jam 7.36 malam dan diteruskan semula jam 8.15 malam dengan selaman keenam,” katanya ditemui di lokasi kejadian.
Katanya, dua bot termasuk sebuah dari Marang dan dua milik Angkatan Pertahanan Awam (APM) digunakan dalam operasi di permukaan air.
“Kita juga mendapat bantuan bot daripada Jabatan Unit Amal Terengganu dan Pasukan Kayak dalam operasi yang dilakukan dengan radius pencarian sejauh 500 meter dari lokasi kejadian.
“Bomba juga akan menggunakan bantuan anjing pengesan dari Putrajaya yang dijangka tiba pagi esok,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Annuar Musa masih perlu buktikan dakwaan
- Muhyiddin pasti dipinggirkan apabila didakwa nanti.
- UMNO buang Kitol2 nya.
Mohd Mazimi berkata, pencarian di permukaan air diteruskan dari masa ke masa membabitkan petugas APM, Rela dan sukarelawan seramai 67 orang.
Dalam kejadian jam 4 petang tadi, mangsa, Muhammad Sufi Eijas Mohd Sobre, 3, dikhuatiri lemas ketika melihat air banjir di tali air berkenaan bersama bapa Mohd Sobre Ramli, 33, abangnya, Muhammad Shakir Wafiudin, 8, dan Muhammad Shafiq Arshad, 1, kira-kira jam 4 petang.
Mangsa bersama abangnya dikatakan bermain di atas jambatan kira-kira 10 meter dari tempat bapanya berada bersama adik bongsunya.
Bomba lakukan enam selaman cari kanak-kanak jatuh tali air
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- NGO Muafakat Nasional Tidak Membawa Perjuangan Sebenar Muafakat Nasional Asal
- Usaha Membatalkan UMNO Di Era Ismail Sabri Terbongkar
- Parti Bunga layu dan longlai tanpa kuasa , bakal pupus
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :