Liverpool sukar untuk menang

 

Oleh Pena Merah

Liverpool sukar untuk menang
KONATE terlepas aksi menentang Burnley selepas berdepan penggantungan ekoran layangan kad merah ketika menentang Arsenal

Skuad kendalian Jurgen Klopp berpeluang untuk kembali bangkit meraih kemenangan apabila Liverpool dijadual turun menentang Burnley di Anfield pada aksi malam ini.

Aksi sebelum ini menyaksikan rekod tanpa kalah The Reds dalam 11 perlawanan terakhir lebur apabila tewas 1-3 ketika berdepan Arsenal di Emirates pada aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi Isnin lalu.



Bagaimanapun, Klopp perlu mempersiapkan pasukannya dengan rencana yang lebih baik selain perlu melakukan sedikit rombakan terutama di barisan pertahanan apabila Ibrahima Konate berdepan penggantungan akibat layangan kad merah di Emirates.

Pemain muda, Jarell Quansah mungkin akan dipanggil untuk membentuk gandingan bersama Virgil Van Dijk apabila khidmat Joe Gomez mungkin perlu ditugaskan di posisi berbeza ekoran tahap kecergasan Trent Alexander-Arnold dan Andy Robertson belum dapat disahkan.

Posisi pertahanan kiri juga mungkin memeningkan Klopp apabila Liverpool masih kehilangan Kostas Tsimikas, manakala seorang lagi pemain pertahanan sayap, Conor Bradley masih lagi diberi pelepasan ekoran kematian bapanya.

Bagaimanapun, Klopp dijangka mengekalkan khidmat penjaga gol, Alisson Becker untuk mengawal gawang mereka biarpun pemain itu melakukan beberapa kesilapan ketika menentang Arsenal sebelum ini.



Di posisi tengah menyaksikan mereka masih belum dapat menggunakan khidmat Thiago Alcantara yang belum pulih sejak lapan bulan lalu dan dalam masa sama, mereka kehilangan Dominik Szobozslai yang kembali dihantui isu hamstring.

Bagaimanapun, Klopp mungkin lega selepas Wataru Endo kembali dari aksi Piala Asia bersama Jepun untuk membentuk gandingan bersama Alexis Mac Allister dan Curtis Jones di bahagian tengah.

Kosmo Online




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading