Tidak mengaku dera anak kandung

Oleh – Syeikh Baran


Tidak mengaku dera anak kandung
Tertuduh (tengah) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas pertuduhan mendera anak perempuannya yang berusia lima tahun, Isnin lalu.Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

Seorang buruh kontrak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mendera anak perempuannya yang berusia lima tahun.

Tertuduh berusia 32 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.

Bapa dua anak itu didakwa melakukan penganiayaan sehingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadap anaknya di sebuah rumah di Ipoh pada pukul 8 malam, 5 Februari lalu.



Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Haiqal Asyraf Suhaimi mencadangkan jaminan RM8,000 namun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jumlah yang minimum dengan  alasan dia berpendapatan RM1,500 sebulan dan menanggung isteri serta dua anak.

Mahkamah membenarkan lelaki itu diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 27 Mac ini.

Tangkapan terhadap tertuduh dibuat selepas guru tadika anaknya membuat laporan polis selepas mendapati ada kesan lebam atau birat seperti dirotan pada lengan tangan kanan mangsa.

Mangsa kemudian dibawa ke hospital oleh pengadu bagi mendapatkan rawatan. Doktor memaklumkan kanak-kanak itu mungkin mengalami trauma dan kecederaan di tempat sama itu adalah yang ketiga dilihat pengadu.



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading