Penunggang, pembonceng terpelanting langgar kereta masuk lorong kecemasan

Oleh – Syeikh Baran


Penunggang, pembonceng terpelanting langgar kereta masuk lorong kecemasan
TANGKAP layar menunjukkan sebuah motosikal melanggar bahagian tepi sebuah kereta yang memasuki lorong kecemasan di kilometer 123.2 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan bsrhampitan Yong Peng, Batu Pahat petang tadi.

Tindakan sebuah kereta mengubah haluan ke lorong kecemasan secara tiba-tiba menyebabkan sebuah motosikal melanggarnya sebelum dua mangsa terpelanting dalam kejadian di Kilometer 123.2 Lebuh Raya Utara-Selatan, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 1.45 petang itu melibatkan sebuah motosikal dan sebuah kereta menggunakan nombor pendaftaran Singapura.



Katanya, kejadian berlaku semasa kereta berkenaan mengubah laluan secara tiba-tiba dari lorong sebelah kiri ke lorong kecemasan mengakibatkan sebuah motosikal dari arah belakang gagal mengelak lalu melanggar bahagian kiri kereta terbabit.

“Laporan polis telah dilakukan oleh pemandu kereta berkenaan iaitu seorang lelaki berusia 52 tahun, namun belum ada laporan diterima daripada penunggang motosikal.

“Susulan itu, penunggang motosikal berkenaan yang masih tidak dikenali identitinya digesa tampil membuat laporan bagi membolehkan siasatan dilakukan,”katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut Ismail lagi, siasatan masih dilakukan dan pengguna jalan yang menyaksikan kejadian diharap tampil menyalurkan maklumat di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.



Sebelum itu, kejadian perlanggaran telah mula ditularkan dalam media sosial Facebook melalui video berdurasi dua saat kira-kira pukul 5.49 petang tadi

Sumber . – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading