Kapasiti enjin MotoGP bakal dikurangkan

Kapasiti enjin MotoGP bakal dikurangkan

Kapasiti enjin MotoGP bakal dikurangkan
BEBERAPA peraturan bakal diubah bermula 2027 termasuk kapasiti enjin bagi memastikan perlumbaan MotoGP lebih selamat. – AFP

LONDON – Perlumbaan dua roda terkemuka dunia, Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) bakal memperkenalkan jentera baharu bermula 2027 bagi memastikan sukan itu lebih selamat.

Menjelang 2027, MotoGP telah membentangkan peraturan baharu dengan kapasiti enjin akan dikurangkan daripada 1000cc kepada 850cc untuk menjadikan sukan itu lebih selamat kepada semua pelumba.

Selain itu, penggunaan peranti holeshot dan front ride height turut ‘diharamkan’ bermula 2027 nanti untuk memastikan perlumbaan tersebut lebih selamat.



“Penggunaan holeshot dan front ride height tidak dibenarkan mulai era 2027. Keputusan itu dibuat untuk mengawal prestasi dan menjadikan sukan tersebut lebih selamat terutamanya semasa perlumbaan berlangsung.

“Ini juga akan memberi lebih kepentingan kepada kemahiran setiap pelumba, sama seperti aerodinamik bertujuan untuk meningkatkan keupayaan mereka untuk memintas,” kata MotoGP dalam satu kenyataan.

Selain itu, antara perubahan baharu dibuat MotoGP ialah menerusi bilangan enjin yang dibenarkan daripada tujuh buah dikurangkan kepada enam bagi setiap pelumba dalam satu musim.

Penggunaan bahan api juga berlaku perubahan iaitu MotoGP akan berlumba dengan 100 peratus bahan api mampan bermula 2027.



Sebagai sebahagian daripada peraturan baharu, kapasiti tangki bahan api juga akan berkurangan, daripada 22 liter kepada 20 liter selain hanya 11 liter dibenarkan semasa perlumbaan sprint.

Aerodinamik turut berlaku perubahan dan dikawal lebih ketat mulai 2027 terutama saiz yang dibenarkan dengan data gps juga akan berubah bagi memastikan perlumbaan MotoGP lebih selamat. – AGENSI

Kapasiti enjin MotoGP bakal dikurangkan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Siapa Cakap PN Tiada Misi Dan Visi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button