Bila Mat Jargon Londehkan Jubah Pemimpin PAS
@acik.mantera
Bila Mat Jargon Londehkan Jubah Pemimpin PAS
Seronok juga bila baca penulisan Wan Ahmad Fayhsal @ Mat Jargon, Enakmen Syariah Tersungkur Di Kaki Kaum Lut.
Dengar dari tajuk, memang gempak, tapi bila kita baca nama penulis, tidak sukar untuk meneka apa yang ditulis.
Mat Jargon sememangnya seorang yang oportunis dan hipokrit.
Bukan tuduhan penulis, tetapi itu adalah pengakuannya di podcast Keluar Sekejap.
Mat Jargon sendiri berkata, jika ingin berkempen dengan orang PAS, sangat mudah, pakai kopiah, sembahyang di masjid dan jamaah jgn tinggal.
Selepas itu takbir, baca hadis dan surah tertentu, selesai masalah.
Ia menggambarkan betapa hipokritnya Mat Jargon berpolitik hingga ke tahap sanggup menunggang agama.
Tapi memang ada kebenaran dengan kata-kata Mat Jargon.
Untuk berkempen dengan orang PAS ini tidak perlu berhujah soal ekonomi atau perlu buktikan tadbir urus yang baik.
Cukup sekadar memakai kopiah, baca hadis dgn diiringi takbir.
Hasilnya, dari bertaraf ustaz hingga walaun.
Penggunaan perkataan kunyit, planta, semburit merupakan ratib harian.
Kita dapat menilai betapa buruk nilai akhlak mereka hasil didikan pemimpin mereka.
Fitnah bagi mereka semurah mereka menunggang agama.
Pernah dengar pemimpin mereka menegur ahli atau pengikutnya supaya jangan memfitnah atau menggunakan bahasa lucah dan kesat?
Jangan bermimpi kerana mereka dididik untuk spin cerita dan play victim kepada umat Melayu.
Pernahkah orang Melayu atau walaun yang menyokong PAS pernah bertanya, selama 33 bulan PN buat apa?
Cuba tanya pemimpin PAS yang pernah menjadi menteri mengenai kes Nik Elin yang bermula di zaman PN memerintah.
Mudah sahaja mereka mempebodohkan pengikutnya, “ dulu kami tak tau.”.
Apa jenis menteri isu2 seperti ini tak tahu.
Masa 33 bulan menjadi kerajaan kenapa tidak pernah bawa RUU355 ke Parlimen.
Kenapa tidak haramkan judi, kenapa tidak haramkan penjualan arak, kenapa tak tukar pakaian pramugari???
Nakal kamu Mat Jargon kerana melondehkan jubah pemimpin PAS…😂😂😂
Bila Mat Jargon Londehkan Jubah Pemimpin PAS
Di Syorkan Untuk Anda:
- Enakmen Syariah Kelantan Lebih Mesra Maksiat Berbanding Undang Undang Pusat
- Jangan Di Keruhkan Air Yang Jernih
- Nga Kor Ming Buat Perangai Lagi