Biarkan budak keluar kepala di ‘sunroof’

Oleh – Syeikh Baran


Biarkan budak keluar kepala di ‘sunroof’
Tangkap layar video kejadian tersebut.

 Polis sedang mengesan pemilik kereta yang membiarkan dua kanak-kanak mengeluarkan kepala melalui bumbung suria (sunroof) ketika kenderaan bergerak di atas jalan raya.

Kejadian itu dipercayai berlaku di Jalan Persiaran Putra Perdana, Putra Heights, di sini.



Ketua Polis Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya mengesan kejadian itu menerusi satu video berdurasi 29 saat yang dimuat naik melalui aplikasi X @anthraxxx781.

“Kejadian dipercayai berlaku pada pukul 3.23 petang, 12 Februari (Isnin) di Persiaran Putra Perdana, di sini.

“Video kejadian dirakam kamera papan pemuka (dashcam) milik pengadu di mana keretanya berada di belakang kenderaan terbabit.

“Semakan mendapati pemilik kereta merupakan warga tempatan dan tinggal di Putra Heights,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu kecuaian terhadap kanak-kanak.

Seterusnya, tindakan saman juga akan diambil terhadap pemandu terbabit kerana melanggar lampu isyarat merah.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh salurkan ke Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya melalui talian 03-78627100.

“Segala identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” jelasnya.



Sumber – KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button