Musim paling getir buat karier Joan Mir

Musim paling getir buat karier Joan Mir
Musim paling getir buat karier Joan Mir
MIR berharap mampu meraih keputusan yang lebih membanggakan pada saingan MotoGP musim ini. – AFP
LONDON – Juara Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2020, Joan Mir mengakui saingan kali ini merupakan tahun paling getir dalam kariernya selepas bermula dengan kekecewaan selepas menyertai pasukan Repsol Honda musim lalu.Pelumba Sepanyol itu menegaskan, dia tidak boleh mengulangi musim hambar buat kali kedua berturut-turut seperti tahun lalu apabila sekadar mengutip 26 mata ketika Francesco Bagnaia dari pasukan Ducati mencipta kemenangan dengan 467 mata.

Kejayaan meraih tempat kelima sewaktu Grand Prix (GP) India tahun lalu memberikan sedikit sinar harapan, tetapi selepas itu Mir, 26, gagal memberikan yang terbaik apabila dihimpit masalah ­kecederaan .

Sesi ujian pra-musim di Litar Antarabangsa Sepang baru-baru ini menunjukkan peningkatan dan Honda juga dikatakan bersedia menjanjikan pakej terbaik kepada semua pelumbanya.

“Sebenarnya ini adalah tahun yang sangat penting bagi saya dan mungkin dalam karier profesional saya.

“Jika seorang pelumba me­ngalami satu musim tidak baik, maka tidak mustahil dua tahun berturut-turut akan menjadi satu lagi keputusan lebih buruk. Lega kerana tahun ini segalanya berjalan dengan lancar.



“Pastinya saya bertekad untuk melakukan yang terbaik dan saya fikir Honda juga ketika ini dalam arah yang betul dari segi pembangunan jentera.

“Jentera 2024 benar-benar berbeza dari segi aerodinamik dan ia kelihatan lebih ke hadapan. Livery baru juga lebih agresif dan saya benar-benar optimis mahu lakukan sehabis baik,” kata Mir. – AGENSI

Musim paling getir buat karier Joan Mir


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tuan Ibrahim Akui RUU 355 & Hudud Hanya Alat Kempen Bagi PAS



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button