Nazmi makin hampir ke Piala Dunia 2026
Nazmi makin hampir ke Piala Dunia 2026
PENGADIL elit tempatan, Muhammad Nazmi Nasaruddin berpotensi melakar sejarah menjadi pengadil utama Piala Dunia selepas terpilih menyertai kursus Calon Piala Dunia 2026 anjuran Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan nama Nazmi ‘sangkut’ untuk menjadi calon pengadil Piala Dunia 2026 yang akan berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.
“Nazmi yang mula menceburi bidang pengadil bola sepak sejak 2010 muncul pengadil Malaysia pertama mengadili perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) yang menggunakan Video Bantuan Pengadil (VAR) di Thailand pada tahun lalu.
“Selain itu, Nazmi turut dijemput untuk mengadili beberapa perlawanan Liga Arab Saudi 2023 dan dia diiktiraf sebagai pengadil VAR pertama di Malaysia oleh FIFA.
“Sekali lagi sejarah tercipta apabila Nazmi dipilih mengadili aksi peringkat kumpulan, Iraq menentang Vietnam dan perlawanan pusingan 16 terbaik, Uzbekistan menentang Thailand pada Piala Asia 2023.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Masih Ingat Formula Bila Najib Turun?
- Enakmen Syariah Kelantan Lebih Mesra Maksiat Berbanding Undang Undang Pusat
“Prestasi cemerlang Nazmi mendapat pengiktirafan daripada FIFA dan AFC, sekali gus membolehkan Nazmi dipilih secara merit sebagai ‘Calon Piala Dunia FIFA 2026,” menurut kenyataan daripada FAM.
Sebelum ini, Malaysia memiliki pengadil yang bertugas di Piala Dunia 2010 iaitu Subkhiddin Mohd. Salleh sebagai pegawai keempat sebelum terbabit dengan Piala Dunia 2014 dan 2018 selaku Instruktur Teknikal Pengadil.
Nazmi makin hampir ke Piala Dunia 2026
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hanya Berlaku Di Negeri Melayu Isley PAS
- Mantan Ketua Hakim Negara Bangkitkan Beberapa Persoalan Mengenai Surat Pengampunan DS Najib
- Bila Mat Jargon Londehkan Jubah Pemimpin PAS
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Tuan Ibrahim Akui RUU 355 & Hudud Hanya Alat Kempen Bagi PAS