Siasatan kebakaran Flat Sri Sabah kini dikendalikan bomba – Ketua Polis KL
Siasatan kebakaran Flat Sri Sabah kini dikendalikan bomba – Ketua Polis KL

KUALA LUMPUR: Siasatan kebakaran Flat Sri Sabah di Cheras dikendalikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam insiden malam Ahad lalu itu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid, berkata siasatan kes kebakaran berkenaan diserahkan kepada JBPM dan jika ada penemuan yang memerlukan polis, ia akan dimaklumkan kepada pasukannya.
“Setakat ini, tiada unsur jenayah dikenal pasti. Jika ada (dikesan dalam siasatan bomba), pihak bomba akan maklumkan nanti,” katanya ketika ditemui pemberita pada perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Semalam, Pengarah JBPM Kuala Lumpur, Muhammad Salleh Abdul menjelaskan, masalah pendawaian elektrik dipercayai punca enam unit kediaman di tingkat 17, Blok 70 Flat Sri Sabah di Cheras terbakar, Ahad lalu.
Ia hasil siasatan forensik pihaknya yang mengesahkan kebakaran disebabkan masalah elektrikal dan ia tertumpu pada ‘distribution board’. Ketika kejadian, pintu depan dan belakang unit rumah berkenaan didapati tertutup.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Masih Ingat Formula Bila Najib Turun?
- Enakmen Syariah Kelantan Lebih Mesra Maksiat Berbanding Undang Undang Pusat
“Kira-kira 90 sehingga 95 peratus kita dapati itulah punca kebakaran dan selebihnya untuk pengesahan dari segi ujian teknikal. Makluman orang awam yang mengatakan punca kebakaran disebabkan akibat bunga api juga adalah tidak benar,” kata Muhammad Saleh.
Pengarah JBPM Kuala Lumpur itu turut menafikan pili bomba di kawasan berkenaan tidak berfungsi ketika kejadian, sebaliknya alat yang bermasalah adalah alat bantu mula atau hose reel.
“Ia bukan pili bomba, tetapi alat bantu mula kerana ketika kebakaran pengadu cuba membantu memadam kebakaran tetapi hand reel pada alat bantu mula itu tidak boleh digunakan,” katanya.
Dalam kebakaran kira-kira jam 9 malam itu, bomba mengesahkan lima unit kediaman musnah, manakala satu lagi berjaya diselamatkan.
Siasatan kebakaran Flat Sri Sabah kini dikendalikan bomba – Ketua Polis KL
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hanya Berlaku Di Negeri Melayu Isley PAS
- Mantan Ketua Hakim Negara Bangkitkan Beberapa Persoalan Mengenai Surat Pengampunan DS Najib
- Bila Mat Jargon Londehkan Jubah Pemimpin PAS
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Tuan Ibrahim Akui RUU 355 & Hudud Hanya Alat Kempen Bagi PAS