Wanita paksa anak mengemis jadi jutawan

Oleh – Syeikh Baran


Wanita paksa anak mengemis jadi jutawan
Indra dan anaknya ditahan polis pada 9 Februari lalu. – Ary News

Seorang wanita di bandar Indore, India mampu bergelar jutawan dan memiliki tanah selepas memaksa anak-anaknya mengemis di jalanan, lapor laman berita Ary News hari ini.

Pihak berkuasa dan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) menahan Indra Bai dan anak perempuannya yang berusia tujuh tahun pada 9 Februari lalu.



Dia kemudian ditahan reman kerana memaksa anak-anaknya mengemis, manakala anak perempuannya dihantar ke pusat jagaan NGO Sanstha Pravesh.

Selain gadis itu, Indra mempunyai empat lagi anak perempuan dengan kesemuanya diarahkan mengemis di kawasan berbeza.

Semasa disoal siasat, Indra memberitahu pihak berkuasa bahawa mereka memutuskan untuk mengemis kerana ia lebih baik berbanding mencuri.

Mereka dilaporkan memperoleh wang berjumlah 250,000 rupee (RM14,396) dalam tempoh 45 hari sebelum penahanannya.



Indra juga mengaku mempunyai sebuah rumah dua tingkat dan sebuah tanah pertanian di Rajasthan. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading