PBB tidak iktiraf penaklukan empat wilayah Ukraine oleh Russia
PBB tidak iktiraf penaklukan empat wilayah Ukraine oleh Russia
NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin sebulat suara mengutuk ‘penaklukan haram’ oleh Russia terhadap empat wilayah Ukraine.
Undian yang dilakukan pada Perhimpunan Agung PBB (UNGA) itu menunjukkan 143 membantah tindakan Russia, hanya lima yang menyokong dan 35 lagi berkecuali.
Undian itu secara tidak langsung menjadi sokongan paling kuat yang pernah dinyatakan PBB untuk Ukraine sejak Russia menyerang Ukraine pada Februari lalu.
Duta Besar Ukraine ke PBB, Sergiy Kyslytsya menyifatkan undian tersebut sebagai ‘amat hebat’ dan ‘bersejarah’.
Pandangan sama turut dilontarkan oleh Duta Besar Amerika Syarikat (AS), Linda Thomas-Greenfield.
“Undian itu menghantar mesej jelas kepada Russia dan semua negara, tidak kira sama anda sebagai negara besar atau kecil, kaya atau miskin dan lama atau baru.
“Jika anda adalah negara anggota PBB, maka sempadan anda adalah hak milik anda dan dilindungi undang-undang antarabangsa.
“Tiada sesiapa dibenarkan menentukan apa yang perlu dilakukan atau merampas sempadan anda oleh pihak lain secara paksa,” katanya.
Dalam pada itu, Duta Kesatuan Eropah, Olof Skoog pula menganggapnya sebagai ‘kejayaan besar’ yang menghantar mesej kuat kepada Russia mengenai tindakan mereka yang menyerang Ukraine merupakan ‘perbuatan sia-sia’.
Russia sebelum ini mendakwa empat wilayah Ukraine iaitu, Donetsk, Luhansk, Kherson dan Zaporizhzhia bersetuju untuk menyertai Russia menerusi undian yang dilakukan.
Namun, Ukraine menentangnya diikuti oleh Barat dan Eropah yang menyifatkannya sebagai penjajahan moden. – AFP
Enggan di patuk Ular sama di lubang sama kali ke3, Anwar tolak Kerjasama dengan Mahathir
PBB tidak iktiraf penaklukan empat wilayah Ukraine oleh Russia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemimpin DAP Mencabar Kuasa Agong
- Mahathir Calon PM Untuk PH 2.0, Gabungan PH, PN Dan GTA
- Tipu muslihat Mahathir didedahkan.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Enggan di patuk Ular sama di lubang sama kali ke3, Anwar tolak Kerjasama dengan Mahathir
Discover more from My TV ONLINE
Subscribe to get the latest posts to your email.