Afieq Shazwan kemalangan di Krabi

Oleh – Syeikh Baran


Afieq Shazwan kemalangan di Krabi
Afieq Shazwan

Keseronokan percutiaan pelakon Afieq Shazwan terbantut apabila terlibat dalam kemalangan di Krabi, Thailand kelmarin sehingga terpaksa bergegas pulang ke tanah air semalam.

Afieq atau nama penuhnya Mohammad Afieq Shazwan Zamros, 26, yang mengambil keputusan untuk membatalkan percutiannya turut memaklumkan berada dalam keadaan baik dan hanya mengalami luka ringan serta tiada sebarang kecederaan parah.



“Jadi, saya ambil keputusan untuk terus pulang ke Malaysia sebab banyak luka di badan,” katanya dalam Instagram.

Dalam perkongsian sama, dia turut memuat naik foto wajah dan beberapa anggota badannya yang cedera akibat kemalangan tersebut.

“Namun, apabila tiba di rumah, saya perlu beritahu juga semua. Maaf sekiranya percutian terjejas kerana saya.

“Insya-Allah selepas pulih, kita akan berjumppa lagi,” ujarnya.



Difahamkan, pelantun lagu Lelaki Di Telefon itu bercuti dengan beberapa rakannya termasuk penyanyi Wani Syaz.

Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading