Galaxy S24+, Tiada Perubahan Ketara Pada ‘Rupa’

Tapi Galaxy AI Jadikan Samsung Antara Telefon Pintar Top Dengan Kepintaran Buatan

Galaxy S24+, Tiada Perubahan Ketara Pada ‘Rupa’

Galaxy S24+, Tiada Perubahan Ketara Pada ‘Rupa’ Tapi Galaxy AI Jadikan Samsung Antara Telefon Pintar Top Dengan Kepintaran Buatan

Memandangkan tiada perubahan yang ketara pada reka bentuk siri Galaxy S24. Jadi apa yang kami nak kongsikan ada lebih kepada bagaimana Galaxy AI menjadi faktor ‘WOW’ dan penyelamat untuk siri Samsung

Galaxy S24 kali ini.Tiada Lagi Masalah Komunikasi Dengan Live Translate Dari Galaxy AI

Pernah tak korang rasa macam ‘lost in translation’ bila berbual dengan rakan sekerja berlainan bahasa ibunda atau majikan yang berpusat di luar negara?



Lagi parah, lain yang diberitahu lain yang difahami. Tapi semua ni bukan lagi satu masalah dengan Galaxy AI melalui ciri Live Translate. Bayangkan perbualan dua hala menggunakan dua bahasa dapat diterjemahkan pada waktu sebenar (real-time).

Korang pula boleh pilih nak ia diterjemahkan dalam bentuk suara atau teks. Mengambil kesempatan mencuba Galaxy S24+, ini beberapa fungsi Galaxy AI yang berjaya menarik perhatian kami.

Pertama sekali, kami mencuba ciri Live Translate (dalam bentuk teks) dengan bantuan rakan sekerja, Joey yang bahasa utamanya ialah Mandarin.

Live Translate Dengan Galaxy AI

Video di atas menunjukkan bagaikan Galaxy AI menterjemah perbualan kami. Walaupun ia bukan 100 peratus tepat, tapi maksud yang ingin disampaikan masih boleh difahami.



Lepas ni, Joey dah tak boleh nak nak ‘kacau’ kami lagi sebab Galaxy AI boleh tolong jadi translator tak berbayar untuk kami.

Cara untuk nak aktifkan ciri terjemah ni sama ada korang pergi ke bahagian tetapan dan pilih bahasa yang ingin dimuat turun atau ‘serahkan’ pada peranti korang untuk detect bahasa tu sendiri.

Galaxy S24+, Tiada Perubahan Ketara Pada ‘Rupa’
Pilih bahasa yang diingini

Buat masa ini hanya 13 bahasa yang tersedia untuk dimuat turun dan diaplikasikan seperti  English (US dan UK), Chinese (Mandarin), Perancis, German, Hindi, Itali, Jepun, Korean, Polish, Portugis, Sepanyol (Mexico, Spain dan US), Thailand dan Vietnam.

Kalau Joey taip bahasa Mandarin macam mana pula?



Kalau daripada percakapan pun Galaxy AI boleh translate apatah lagi perkataan kan?

Menerusi ciri Chat Assist, ada 3 benda yang Galaxy AI berjaya buat kami kagum iaitu Chat Translation, Writing Style serta Spelling and Grammar.

Galaxy S24+, Tiada Perubahan Ketara Pada ‘Rupa’
Translation dalam aplikasi mesej

Gambar diatas menunjukkan perbualan kami dengan Joey tentang topik nak makan mana. Kami tak perlu nak buka apps lain semata-mata nak terjemah apa yang Joey tulis dan walaupun kami tulis dalam Bahasa Inggeris, Chat Assist siap boleh translate apa yang kami tulis kepada bahasa Mandarin.

Galaxy S24+, Tiada Perubahan Ketara Pada ‘Rupa’



Galaxy S24+, Tiada Perubahan Ketara Pada ‘Rupa’
Ejaan dan semakan tatabahasa oleh GALAXY AI

Ciri writing style pula berikan pilihan gaya berdasarkan mesej yang korang nak sampaikan, samada formal atau santai. Di mana, pada kami ciri ini bagi kelebihan yang sangat besar kepada mereka yang berada dalam sektor korporat, perhubungan awam atau ketika berurusan dengan majikan atau mereka yang berpangkat lebih tinggi.

Seperti kelebihan writing style, kami rasakan untuk ciri spelling dan grammar membantu meningkatkan ciri profesionalisme seseorang ketika berurusan.

Tak perlu download apps translator pergi melancong lepas ni!

Samsung turut membawakan ciri Interpreter bersama Galaxy S24+, ni kira macam tukang terjemah bergerak la. Cuma bezanya penterjemah ni dah built-in dalam telefon korang.

Galaxy S24+, Tiada Perubahan Ketara Pada ‘Rupa’
Interpreter dengan ciri belahan skrin berlawanan arah

Bahasa terjemahan masih terhad (buat masa ini) tapi ada satu yang menarik dengan Interpreter ni ialah dia ada split screen. Ini bukan split screen biasa yang boleh tengok 2 aplikasi dalam satu masa tapi yang ini korang boleh tukar arah split screen korang.



Tak payah terpusing-pusing phone bila nak tunjuk apa yang korang taip di telefon untuk mendapatkan maklumat dan terjemahan.

Galaxy AI Tolong Catat Minit Mesyuarat

Ni satu lagi kelebihan untuk mereka yang bekerja dalam sektor korporat bila nak kena catat minit mesyuarat atau nak rangkumkan perbincangan menerusi fungsi Transcript Assist.

Apa yang korang perlu buat hanya buka voice recorder apps, pilih transcribe kemudian pilih bahasa. Siri Galaxy S24 korang akan sediakan full transkrip dan paling hebat siap boleh membezakan speaker.

Nak rangkumkan meeting tu korang pilih summary dekat bahagian belah atas kanan, klik pada 3 titik untuk selesaikan tugas sama ada nak remove speaker labels atau add transkrip ke Samsung Notes.



Macam ada apps gambar berbayar dalam phone!

Bagi kamera pula kelebihan siri Galaxy S24 ini semestinya pada fungsi AI dalam applikasi kamera tu sendiri. Kali ni menerusi Edit Suggestion ada beberapa fungsi baru yang korang boleh explore.

Gambar sebelum
Gambar selepas (kesan bayang hilang)

Paling kami suka adalah editing tools yang boleh ‘tolong’ hilangkan refleksi dan kesan bayang pada cermin. Tak perlu lagi nak downloads apps lain bila nak edit gambar. Selain tu, kami perasan gambar yang diambil menggunakan Galaxy S24+ ni dia auto enhance.

1x
10x
30x

Tak edit lagi gambar yang korang tangkap dah auto cantik.

Upgrade ke Galaxy Samsung S24+ Hari ini

Pada yang berminat dengan Galaxy S24+ ia ditawarkan dengan dua saiz storage 512GB (RM5.399) dan 256GB (RM4,899) dengan 4 pilihan warna Amber Yellow, Cobalt Violet, Marble Gray, Onyx Black serta 3 warna eksklusif Sandstone Orange, Sapphire Blue, Jade Green.

Untuk pembelian korang boleh KLIK SINI.

Maklumat lanjut layari https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-s24/buy/.

Galaxy S24+, Tiada Perubahan Ketara Pada ‘Rupa’

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir cari helah elak hadapi RCI Batu Puteh

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button