Kanak-kanak 12 tahun dikhuatiri lemas

Oleh – Syeikh Baran


Kanak-kanak 12 tahun dikhuatiri lemas
Anggota bomba dan penduduk berusaha mencari mangsa di Sungai Kuala Sat, Ulu Tembeling, Jerantut hari ini.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dikhuatiri lemas di Sungai Kuala Sat, Ulu Tembeling dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Azman Mat Kamis berkata, polis menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada seorang penduduk pada pukul 5.56 petang hari ini.



“Maklumat awal mangsa bernama Mustaqim Rizman berusia 12 tahun merupakan murid sekolah rendah beralamat di Kampung Kuala Sat dekat sini. Penyelarasan awal penugasan mencari mangsa diselaraskan oleh polis bersama pihak bomba serta penduduk tempatan,”katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Tahan, Mohd Azam Mohd Abdul Latif berkata, anggota bomba bergegas ke tempat kejadian setelah menerima maklumat pada pukul 5.32 petang.

“Seramai enam anggota bomba dengan sebuah jentera bergegas ke tempat kejadian dan melakukan operasi mencari dan menyelamat dengan menggunakan bot penduduk kampung,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading