Mark Zuckerberg Dakwa Meta Quest 3 Lebih Baik Berbanding Apple Vision Pro

Mark Zuckerberg Dakwa Meta Quest 3 Lebih Baik Berbanding Apple Vision Pro

Mark Zuckerberg Dakwa Meta Quest 3 Lebih Baik Berbanding Apple Vision Pro

Hari ini Mark Zuckerberg memuat naik video berkenaan pendapat beliau selepas mencuba Vision Pro. Headphone VR/AR fasa kedua telah bermula apabila Apple Vision Pro dan Meta Quest 3 dilancarkan yang mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Menurut Zuckerberg, beliau berpendapat Quest 3 ialah produk yang lebih baik kerana lebih selesa untuk digunakan.

Ianya lebih ringan serta tiada wayar yang berselirat semasa digunakan dan sudut pandangan Quest 3 juga lebih lebar.

Terdapat beberapa ulasan daripada pemilik Vision Pro yang merungut bahawa sudut pandangan Vision Pro memberikan perasaan seakan memakai gogal kerana tidak cukup lebar.

Kelebihan Quest 3

Antara kelebihan lain Quest 3 ialah harga yang dikatakan tujuh kali ganda lebih murah. Ini membolehkan orang ramai mampu membelinya.

Jumlah aplikasi yang menggunakan kemampuan AR dan VR pada Quest 3 lebih banyak dan pilihan kawalan menerusi penjejakan jari serta alat kawalan pada Quest 3 juga lebih terperinci berbanding menggunakan penjejakan mata oleh Vision Pro.

Apa yang dikatakan oleh Zuckerberg itu sangat dipersetujui kerana ada banyak kelebihan. Tetapi beliau juga perlu mengatakan keluaran Meta adalah lebih baik kerana Vision Pro mempunyai kelebihan dari sudut ekosistem khususnya jika anda pengguna produk Apple.

Apa yang pasti, apabila Apple dan Meta saling bersaing antara satu sama lain ia mendatangkan banyak kebaikan kepada pengguna kerana diberikan pelbagai pilihan.

Set headphone VR atau AR menarik dan menyeronokkan buat pengguna untuk dipakai sebagai hiburan dan bukanlah pengganti untuk telefon pintar mahupun komputer riba.

Apa pula pendapat korang berkenaan Vision Pro ni ?

Kredit: amanz.my

Mark Zuckerberg Dakwa Meta Quest 3 Lebih Baik Berbanding Apple Vision Pro


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir cari helah elak hadapi RCI Batu Puteh

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker