Alonso, Leverkusen cipta sejarah baharu


Alonso, Leverkusen cipta sejarah baharu
FRIMPONG (kiri) berada dalam kelas tersendiri apabila memastikan Leverkusen melebarkan rekod tanpa kalah kepada 32 perlawanan. – BAYER 04 LEVERKUSEN

Bayer Le­verkusen kini menyamai pencapaian Bayern Munich apabila mengesahkan rekod 32 perlawanan tanpa kalah dalam semua pertan­dingan selepas menumpaskan Heidenheim 2-1 pada saingan Bundesliga ­kelmarin.

Pengendalinya, Xabi Alonso memikul tanggungjawab besar untuk menghadirkan trofi sulung buat kelab itu sejak memenangi Piala Jerman pada 1993 dalam misi mereka mengesahkan ­kejuaraan sulung dalam saingan Bundesliga.

“Bukan tugas sukar untuk kami bermain dengan baik selepas apa yang kami lalui ming­gu lalu,” kata Alonso merujuk kepada kemenangan 3-0 ke atas ­Bayern minggu lalu.



“Kami bersedia untuk melaksanakan tugas dan saya begitu sukakan apa yang pemain lakukan. Pemain bukan saja bersedia untuk hadapi perlawanan besar, tetapi mereka kekal waspada dan bermotivasi untuk mengharungi perlawanan ini.

“Saya berpuas hati de­ngan prestasi dan juga keputusan perlawanan. Kami berada dalam si­tuasi terbaik dan sudah pasti kami mahu teruskannya lagi,” katanya.

Terdahulu, Jeremie Frimpong memastikan Leverkusen di depan pada babak pertama sebelum Amine Adli meledak gol kedua, manakala jaringan sagu hati Heidenheim dijaringkan oleh Tim Kleindienst.

Leverkusen sedang berada pada kemuncak prestasi apabila merekodkan 28 kemenangan dan empat seri, sekali gus memboleh­kan kelab itu kekal mendahului carta Bundesliga.



Sebelum ini, Leverkusen hanya berpuas hati dengan pencapain naib juara Bundesliga pada musim 1996/97, 1998/99, 1999/2000, 2001/02 and 2010/11. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading