Liverpool mula tak senang duduk

Oleh – Syeikh Baran


Liverpool mula tak senang duduk
KLOPP (kanan) pening kepala memikirkan masalah kecederaan dialami pasukannya. – AFP

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp terus dihimpit situasi sukar apabila dijangka ­kehilangan dua lagi pemain utama, Diogo Jota dan Darwin Nunez ekoran masalah kecederaan.

Walaupun mengatasi Brentford 4-1 kelmarin, kemena­ngan itu terpaksa dibayar dengan harga cukup mahal selepas kedua-dua pemain itu tidak mampu menghabiskan tempoh satu jam permainan dan terpaksa dike­luarkan lebih awal.



“Kedua-dua pemain itu (Jota dan Nunez) tidak kelihatan bagus. Perasaan bercampur baur apabila kami kehilangan ramai pemain dan kami tidak dapat pastikan berapa serius kecede­raan yang mereka alami.

“Saya rasakan Curtis Jones mengalamai hentakan, begitu juga dengan Diogo (Jota). Darwin (Nunez) pun saya tidak pasti dan sekarang kami perlu lihat keadaan terkini.

“Sudah pasti ia bukan sesuatu yang mudah buat kami. Buat ketika ini keadaannya masih lagi baik, namun dalam tempoh beberapa hari lagi kami akan turun beraksi semula (menentang Luton Town),” katanya.

Kesemua gol Liverpool di Stadium Komuniti Gtech itu dija­ringkan oleh Nunez, Cody Gakpo, Alexis Mac Allister dan Mohamed Salah, manakala jaringan tunggal Brentford dihasilkan Ivan Toney.



Sebelum ini, The Reds sudah kehilangan Trent Alexander-Arnold dan Joel Matip kerana kecederaan lutut sementara Alisson Becker, Dominik Szoboszlai (hamstring) serta Thiago Alcantara berdepan masalah otot.

“Pemain melakukan tugas dengan baik di mana kami melakukan 18 hantaran ke kotak penalti menerusi situasi bola mati. Kami juga perlukan faktor nasib, namun penjaga gol juga beraksi cemerlang.

“Jadi sudah pasti kami gembira melihat keputusan perlawanan,” jelas Klopp. – AGENSI

NUNEZ (tengah) meledak satu gol buat Liverpool, tetapi hanya sempat bermain selama 45 minit kerana masalah kecederaan. – AFP



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button