Rafizi Sahut Cabaran Lim Sian See Tapi…
Rafizi Sahut Cabaran Lim Sian See Tapi…
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli sedia berdepan dengan siapa sahaja dalam rancangan Podcast Yang Bakar Menteri (YPM).
Ianya termasuk ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi, Isham Jalil dan aktivis Lim Sian See.
Rafizi berkata dia tidak mempunyai masalah untuk menyahut cabaran tiga individu tersebut, malah lebih daripada itu dia pernah mencabar DS Najib untuk berdebat.
“Saya tidak ada masalah sebenarnya”.
“Dalam kerjaya saya, saya telah hadir dan bersemuka dalam pelbagai perdebatan, forum dan lain-lain”.
“Malah saya pernah mencabar DS Najib berdebat pun sebelum PRU15 yang lepas”.
“Watak seperti inilah yang dilambung oleh aktivis maya PN”.
“Sedangkan tidak ada seorang pun pemimpin atau aktivis maya PN yang berani hadir bersemuka dengan saya dalam YBM”.
“Saya tahu watak-watak seperti ini mahu hadir kerana mereka membawa agenda tertentu”.
“Mereka juga tahu saya terikat dengan tertib bersama dalam kerajaan, yang bermakna saya tidak bebas menyatakan sesuatu yang boleh menimbulkan kekeruhan dengan UMNO”.
“Iaitu salah satu parti yang menganggotai Kerajaan Madani”.
“Saya tidak menjawab kritikan mereka kerana tidak mahu mengeruhkan hubungan dengan UMNO yang kini dalam kerajaan”.
“Jika mereka tiada halangan, saya berbesar hati untuk mendedahkan wajah sebenar watak yang mengendalikan kempen propaganda yang mempertahankan 1MDB selama ini”.
“Yang selama ini berselindung di sebalik nama Lim Sian See”.
“Begitu juga dengan Isham Jalil, hatta Puad Zakarshi pun”.
“Saya pun berminat untuk mendengar idea mereka untuk membantu negara mengemudi suasana ekonomi dunia yang mencabar sekarang ini”.
“Namun seperti tertib di dalam sesebuah organisasi, saya wajar mendapat maklum balas YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri terlebih dahulu”.
“In Sya Allah kita akan tahu menjelang Mac nanti,” jelas beliau.
Ohhh, begitu ceritanya.
Sebelum ini, adakah Rafizi juga perlu dapatkan persetujuan Anwar sebelum on air dalam rancangan podcast YBM.
Tanya jer…
Rafizi Sahut Cabaran Lim Sian See Tapi…
Di Syorkan Untuk Anda:
- Muhyiddin Dan Hamzah Capai Kata Sepakat Tapi Dah Tanya Bini Ke Belum
- Apa Nasib UMNO Selepas PRU 16
- Apa Cerita Dengan RCI Tommy Thomas?