Penyanyi Ditahan Pukul Bekas Isteri

Polis siasat dakwaan ADUN Selangor dera bekas isteri

Seorang penyanyi ditahan polis selepas dipercayai memukul dan menyebabkan kecederaan terhadap bekas isterinya selepas berlaku perselisihan faham.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, kejadian tersebut dikatakan berlaku ketika mangsa yang berusia 27 tahun itu mahu mengambil anak lelakinya daripada suspek di kawasan parkir rumah di Kota Damansara. Bagaimanapun, berlaku perselisihan faham gara-gara mangsa enggan mengambil gambar bersama suspek.

Suspek berusia 45 tahun itu kemudian memarahi dan memukul badan pengadu menyebabkan kesan lebam dan sakit pada anggota badan mangsa.



Susulan daripada itu, mangsa tampil membuat laporan di balai polis. Suspek kemudian ditahan dan hasil ujian air kencing suspek adalah negatif. Sementara itu, permohonan reman terhadapnya akan dibuat di mahkamah pada hari ini bagi siasatan selanjutnya. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 (A) Akta Keganasan Rumahtangga 2017.

Sumber: Harian Metro


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading