Najib, Zahid, Tok Mat benteng UMNO dari diharamkan

Oleh – Amran Klebang

Trio Najib, Zahid dan Tok Mat kini merupakan figura penting untuk UMNO dalam strategi memenangi PRU15 akan datang. Mereka juga adalah benteng kepada UMNO dari diharamkan atas usaha ‘tangan ghaib’ dalam UMNO itu sendiri.



Ramai melihat ada puak kalangan pemimpin UMNO samada telah berusaha atau sedang berusaha untuk pemilihan parti dipercepatkan berbanding Piihanraya Umum.

Samada tersurat atau tersirat, tingkah-laku pemimpin yang sanggup bersekongkol dengan pihak lawan sehingga ‘terbocornya’ maklumat sulit perancangan amat menjengkelkan.

 



 

Sudah tiada maruahkah pemimpin UMNO apabila beberapa nama tertera dalam dokumen ‘sulit’ yang seperti sengaja disebarkan di medai sosial?

‘Dokumen sulit’ tersebut turut mengaitkan PAS sebagai sebahagian dalang utama proses mengharamkan UMNO dengan usaha Perikatan Nasional.

 



 

Dalam pada itu pemimpin PAS Terengganu yang mengganggap dokumen tersebut sebagai ‘sampah’ tidak berani membuat laporan polis mengenai penyebaran tersebut.

Mengapa tidak ada satu laporan polis dilakukan jika benar dokumen tersebut ‘sampah’? 



Diatas kertas dokumen tersebut turut tertera perancangan untuk mempercepatkan proses memenjarakan figura yang popular pada rakyat – Najib.

Dalam pada itu perancangan tersebut turut mahu menjatuhkan Zahid seperti dirancangkan kerana keampuhan beliau dalam percaturan politik tidak dapat ditembusi pihak lawan.

Ini akan menyukarkan usaha pihak tertentu serta kolobrasi ‘tangan ghaib’ UMNO itu sendiri daripada menjalankan ‘titah perintah’ seseorang dari luar UMNO.

 



 

Siapa yang mampu memberi ‘titah perintah’ yang terus dijunjung di atas jemala pemimpin UMNO itu? Wajar sebenarnya nama yang didedahkan dalam dokumen ‘sulit’ tampil menafikan atau sekurangnya membuat tindakan membersihkan nama mereka sendiri.

Tidak berani? Mereka yang terpalit dengan dokumen ‘sulit’ tersebut perlu berani mengambil tindakan tegas bagi membersihakan nama mereka.



KOLOBRASI DINASOR POLITIK MESTILAH ADA ‘HABUAN’

Kemungkinan itu ada kerana ada ‘perjanjian’ untuk memastikan benteng UMNO dirobohkan bagi memudahkan pengharaman UMNO dilakukan. Mungkin para pemimpin tersebut telah dijanjikan ‘laba’ serta keuntungan dalam politik mahupun kedudukan mereka dikekalkan sekurangnya 2 penggal.

Siapa tahu perancangan ‘DINASOR POLITIK’ yang hanya memenuhkan kantung sendiri sebelum bersara dari dunia politik. Ini bagi menjamin kehidupan selesa mereka boleh diteruskan walau selepas tidak lagi berada dilingkaran koridor kuasa.

Inilah nafsu kalangan pemimpin politik tidak kira dari parti mana sekalipun. Untuk memastikan mereka kekal sesiapa sahaja yang menghalang tujuan akan dimangsakan walau pernah sehaluan apabila ‘insaf’ sebentar selepas kalah di PRU14.

Parlimen wajar dibubarkan akhir Julai

 

 

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading