Setiap hari saya akan padam lebih daripada 300 komen – Aqish

 

Oleh Pena Merah

Setiap hari saya akan padam lebih daripada 300 komen - Aqish
PUTERI Balqis tidak akan membiarkan komen-komen negatif mencemari ruang Instagramnya.

Tidak membiarkan hidupnya dicemari ayat-ayat penghinaan berbunyi, ‘pengemis’, ‘budak flat’, ‘muka sampah’ dan budak kampung tak perlu acah cakap Inggeris, pelakon remaja Puteri mengambil tindakan memadam ratusan komen negatif dalam akaun Instagramnya, setiap hari.

Kata Balqis yang lebih mesra disapa Aqish, tindakan tersebut dilakukan kerana menganggap media sosial adalah platform bebas untuk bersuara tanpa gangguan pihak luar.



“Setiap hari saya akan padam lebih daripada 300 komen terutama sekali yang menghina pendidikan saya.

“Disebabkan itu tidak nampak sebarang komen negatif dalam media sosial saya kerana saya padam atau sekat.

“Saya anggap laman sosial saya kampung dan diari. Di situ memang tempat selamat bagi saya, jadi tidak mungkin saya akan biarkan mereka berkampung dalam laman sosial saya,” katanya menerusi video dalam aplikasi TikTok.

Pemilik nama lengkap Puteri Balqis Azizi, 17, turut memaklumkan sebilangan kaki kecam turut mengejeknya apabila bertutur dalam bahasa Inggeris



Dia berpendapat semua orang perlu mempelajari bahasa lain yang menjadi sebahagian daripada pengetahuan untuk digunakan pada masa depan.

“Sebagai contoh apabila saya bertutur dalam bahasa Inggeris kerana sudah terbiasa dan orang mengejek, saya akan terus sekat.

“Saya dapat komen seperti ‘pengemis’, ‘budak flat’, ‘muka sampah’ ataupun budak kampung yang tidak perlu acah cakap Inggeris. Belajar bahasa lain juga penting sebagai ilmu pengetahuan.

“Orang putih pun pandai cakap Melayu kerana mereka mahu belajar bahasa kita. Jadi, apa salahnya kita belajar bahasa lain? Tak semestinya belajar bahasa kedua kita lebih agungkan negara mereka,” ujarnya.



Bukan sekali dua, Aqish sebelum ini sering terpalit pelbagai dakwaan termasuk sombong dan sukar didekati. Namun, pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Televisyen Asia 2014 mendedahkan mempunyai masalah bersosial yang mengakibatkannya bersikap dingin ketika berhadapan orang ramai.

Kosmo Online


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading