Konflik Ali Puteh & Hidayah Akhirnya Selesai, Saiful Apek Beri Komen ‘Deep’! [VIDEO] 

Konflik Ali Puteh & Hidayah Akhirnya Selesai, Saiful Apek Beri Komen ‘Deep’! [VIDEO] 

Konflik Ali Puteh & Hidayah Akhirnya Selesai, Saiful Apek Beri Komen ‘Deep’! [VIDEO] 

Konflik yang berlaku dalam keluarga pelawak Ali Puteh dengan kakak iparnya, Siti Norhidayah yang berlaku selama empat tahun akhirnya menemui titik noktah apabila kedua-dua pihak tampil bersemuka pada petang semalam.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh Ali di TikTok, dia telah berkunjung ke rumah kakak iparnya untuk menyelesaikan pembayaran wang berjumlah RM75,486.48 yang diperintahkan oleh pihak mahkamah.



“Dengan Izin Dari Allah Semua Ini Terjadi..”

Dalam pada itu, Ali menyatakan bahawa dia akan terus berjuang mempertahankan legasi Syed Syarifah dan berharap agar hubungan persaudaraan antara kedua-dua belah pihak tidak akan terputus.

“Dengan izin dari Allah semua ini terjadi. InsyaAllah terus berjuang demi keluarga. Setiap yang pahit pasti ada manisnya.

Janji Allah itu pasti setiap ujiannya pasti ada hikmahnya. Terus membesar anak-anakku semua. Hubungan saudara kita tidak akan terputus dan pasti kita pertahankan.”-kapsyen Ali Puteh di TikTok

@aliputeh89



Netizen Luah Rasa Syukur

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur melihat konflik keluarga ini telah selesai, malah ramai yang memuji sikap Ali yang merendahkan ego untuk berdamai.

“Alhamdulillah. Kau buktikan lelaki itu mampu rendahkan ego dia. Aku bangga dengan kau Ali. Kau ada nilai tambah kat hati orang yang memerhati.”

“Aku yang nangis tengok ni. Hebat kau Ali. Walaupun banyak orang caci tapi sekarang Allah dah buktikan kau lepas ujian ini. Semoga kau berjaya selepas ini.”

Saiful Apek Beri Respon!

Perkongsian Ali Puteh juga mendapat respon oleh pelawak senior, Saiful Apek yang memberikan kata-kata deep mengenai ukhwah.



“Ukhuwah itu ibarat tasbih. Ada permulaan, tiada pengakhiran.”-komen Saiful Apek

Konflik Ali Puteh & Hidayah Akhirnya Selesai, Saiful Apek Beri Komen ‘Deep’! [VIDEO] 

Konflik Ali Puteh & Hidayah Akhirnya Selesai, Saiful Apek Beri Komen ‘Deep’! [VIDEO]


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

‘Kem Hamzah’ kekal terjamin dengan sokongan dari PAS



 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button