Mia Ahmad Hamil Anak Keempat? Netizen Teruja! [VIDEO]

“Aura Ibu Mengandung Memang…”

Mia Ahmad Hamil Anak Keempat? Netizen Teruja! [VIDEO]

Mia Ahmad Hamil Anak Keempat? Netizen Teruja! [VIDEO]

Perkongsian terkini pelakon, Mia Ahmad mencetuskan spekulasi netizen yang berpendapat dirinya sedang hamil cahaya mata keempat selepas selamat melahirkan cahaya mata ketiga pada Januari tahun lalu iaitu Imaani Mohd Izham Tarmizi.

Hamil Anak Keempat?

Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi yang anggun menggayakan khimar ini dilihat berkongsi rutin pagi sebagai seorang ibu. Apa yang lebih menguatkan lagi spekulasi netizen adalah kapsyen Mia yang menyatakan usia kandungannya yang kini berusia 26 minggu.

“Rutin pagi saya (26 minggu hamil).”-kapsyen Mia di Instagram

“Aura Ibu Mengandung Memang Luar Biasa..”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat menitipkan ucapan tahniah serta meluahkan rasa teruja melihat Mia yang semakin berseri ketika hamil.



“Masya Allah tahniah kak mia😍 beautiful mom❤️.”

“Mengandung ke tahniah.”

“Tahniah Mia pregnant lagi. Take care.”

“Baby bump.”

“Kak Mia, Mashaa Allah cantiknya, aura ibu mengandung memang luar biasa…”

“Rasa macam baru beranak kan.”

“Cantiknya Mia Ahmad.”

“Baby bump… 😍.”

“tahniah anak kedua ke.”

Sekadar info, Mia Ahmad mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Sri Pahang (FC), Mohd Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu, Sayf Issa, 4 tahun Iris,2 tahun, dan Imaani yang kini berusia setahun selepas selamat dilahirkan pada 17 Januari tahun lalu.

Mia Ahmad Hamil Anak Keempat? Netizen Teruja! [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

‘Kem Hamzah’ kekal terjamin dengan sokongan dari PAS

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker