Didakwa pindah RM40,000 hasil aktiviti haram

Oleh – Syeikh Baran


Didakwa pindah RM40,000 hasil aktiviti haram
Dicky Rahmat ketika hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Seorang bekas pengurus harta syarikat pelaburan hartanah didakwa Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memindahkan wang RM40,000 hasil aktiviti wang haram ke dalam akaun bank peribadinya.

Tertuduh Dicky Rahmat Abdullah, 50, bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan itu di hadapan Hakim Azura Alwi.



Lelaki itu didakwa memindahkan hasil aktiviti haram iaitu wang RM40,000 daripada akaun Maybank milik syarikat ke akaun Maybank miliknya di Maybank Islamic, Cawangan Taman Setiawangsa, di sini pada 8 September dan 9 Disember 2021.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram RM5 juta atau yang mana yang lebih tinggi.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Irwan Shah Abdul Samat memohon itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam memandangkan tertuduh sebelum ini dituduh atas beberapa pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.



Tertuduh diwakili peguam, Diar Isda Yazmin Ismail.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM60,000 dengan menggunakan jumlah ikat jamin di Mahkamah Shah Alam dan menetapkan 3 April ini untuk sebutan kes.

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading