‘25 tahun kahwin, saya tidak pernah dilayan seperti isteri’

Oleh – Syeikh Baran


‘25 tahun kahwin, saya tidak pernah dilayan seperti isteri’
Gambar Hiasan

“Saya tak nak dah. Kahwin dengan dia hampir 25 tahun, tak pernah rasa layanan sebagai isteri dan dia suka maki-maki, pantang silap sikit mesti naik tangan.”

Itu luahan seorang wanita yang bukan sahaja dilayan umpama orang suruhan, malah terpaksa berdepan dengan sikap panas baran suaminya.



Menerusi perkongsian oleh Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali di Facebook Bersama Suzana Ghazali, wanita berkenaan meluahkan perasaannya itu ketika sesi janji temu atas talian menggunakan aplikasi Google Meet.

Menurut beliau, setiap minggu wanita berkenaan sering dihantar suaminya itu ke rumah ibu mentua, hanya bertujuan untuk mengemas rumah.

“Masuk lima ke enam tahun perkahwinan masa anak tunggal mereka belum masuk sekolah, setiap minggu mesti dia (suami) hantar balik (isteri) ke rumah ibunya untuk kemas rumah.

“Wanita berkenaan kena buat semua kerja rumah yang dikumpul seminggu seperti cuci baju, lipat, masak dan kemas,” katanya.



Menurut Suzana, adik bongsu lelaki berkenaan juga turut meletakkan semua tanggungjawab mengemas rumah ke atas wanita itu.

“Menurut wanita tersebut, adik bongsu dan ibu suaminya berperangai sama, tidak buat sebarang kerja walaupun sudah berumur sekitar 18 tahun.

“Dia maklumkan, seluar dalam adik iparnya itu pun masih bersepah di lantai,” ujarnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading