Puteri Balqis Perlu Padam Komen Setiap Hari!

Sering Dihina Sebagai Pengemis Dan Budak Kampung Acah Berbahasa Inggeris

Puteri Balqis Perlu Padam Komen Setiap Hari!

Puteri Balqis Perlu Padam Komen Setiap Hari!

Dasawarsa ini konsep komunikasi telah berubah seiring peredaran zaman. Sebelum ini, ucapan lisan disertai bahasa tubuh, nada suara dan reaksi wajah menjadi medium utama.



Kini, hanya tulisan atau sekeping gambar pada halaman media sosial sudah lengkap menjadi syarat perhubungan manusia.

Bermula tontonan beramai-ramai pengisytiharan kemerdekaan menerusi televisyen hitam putih hingga semua rakyat mampu mengikuti perkembangan terkini dengan hanya  melalui laman sosial dalam telefon bimbit sahaja.

Ia berbeza daripada komunikasi sebelum ini yang tiada ruang ulasan atau kritikan langsung dapat diberikan, sebaliknya hanya tontonan dan suara melatari komunikasi.



Sebaliknya hari ini, semua orang bebas mengulas apa sahaja isu, kesannya, pelbagai kontroversi, kritikan sensitif, buli serta permusuhan mampu menggoyahkan kerukunan negara.

Sebagai contoh, tidak membiarkan hidupnya dicemari ayat-ayat penghinaan berbunyi, ‘pengemis’, ‘budak flat’, ‘muka sampah’ dan budak kampung tak perlu acah cakap Inggeris, pelakon remaja Puteri mengambil tindakan memadam ratusan komen negatif dalam akaun Instagramnya, setiap hari.

Puteri Balqis Perlu Padam Komen Setiap Hari!

 



Balqis yang lebih mesra disapa Aqish meluahkan tindakan tersebut dilakukan kerana menganggap media sosial adalah platform bebas untuk bersuara tanpa gangguan pihak luar.

“Setiap hari saya akan padam lebih daripada 300 komen terutama sekali yang menghina pendidikan saya.

“Disebabkan itu tidak nampak sebarang komen negatif dalam media sosial saya kerana saya padam atau sekat.

“Saya anggap laman sosial saya kampung dan diari. Di situ memang tempat selamat bagi saya, jadi tidak mungkin saya akan biarkan mereka berkampung dalam laman sosial saya,” katanya menerusi video dalam aplikasi TikTok.



Pemilik nama lengkap Puteri Balqis Azizi, turut memaklumkan sebilangan kaki kecam turut mengejeknya apabila bertutur dalam bahasa Inggeris

Puteri Balqis Perlu Padam Komen Setiap Hari!

 

Dia berpendapat semua orang perlu mempelajari bahasa lain yang menjadi sebahagian daripada pengetahuan untuk digunakan pada masa depan.



“Sebagai contoh apabila saya bertutur dalam bahasa Inggeris kerana sudah terbiasa dan orang mengejek, saya akan terus sekat.

“Saya dapat komen seperti ‘pengemis’, ‘budak flat’, ‘muka sampah’ ataupun budak kampung yang tidak perlu acah cakap Inggeris. Belajar bahasa lain juga penting sebagai ilmu pengetahuan.

“Orang putih pun pandai cakap Melayu kerana mereka mahu belajar bahasa kita. Jadi, apa salahnya kita belajar bahasa lain? Tak semestinya belajar bahasa kedua kita lebih agungkan negara mereka,” ujarnya.

Bahkan, Aqish mendedahkan dia mempunyai masalah bersosial yang mengakibatkannya bersikap dingin ketika berhadapan orang ramai.



Hasilnya, ada mangsa berhadapan kritikan dan hentaman yang boleh meruntuhkan semangat diri. Lebih malang, ini menimbulkan gangguan psikologi dan emosi hingga akhirnya membawa tindakan tidak rasional.

Secara logik, tiada seorang pun ingin berhadapan situasi mencabar ketika menjadi tumpuan kecaman. Oleh itu, ia merupakan tanggungjawab masyarakat prihatin untuk membanteras hal sedemikian.

Puteri Balqis Perlu Padam Komen Setiap Hari!

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Siapa Presiden Majlis Peguam Hingga Berani Pertikai Kuasa Pengampunan YDP Agong

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button