Bos wariskan syarikat kepada 700 pekerja

Oleh – Syeikh Baran


Bos wariskan syarikat kepada 700 pekerja
Bob Moore

Jutawan, Bob Moore yang meninggal dunia pada 10 Februari lalu memberikan pemilikan penuh syarikat itu kepada 700 pekerjanya, lapor Forbes.

Moore yang mengasaskan syarikat barangan bijirin penuh dan polisi mesra pekerja iaitu Bob’s Red Mill, meninggal dunia pada usia 94 tahun.



Sebelum meninggal dunia, Moore menubuhkan struktur pemilikan khas untuk syarikatnya itu yang menghasilkan makanan semula jadi.
 

Moore sebelum ini melepaskan pemilikannya pada 2010 pada hari lahirnya yang ke-81 dengan melancarkan pelan pemilikan saham pekerja untuk pekerjanya.

Syarikat itu yang berkembang sehingga mempunyai 700 pekerja menjelang April 2020, kini menjadi milik pekerja sepenuhnya.

Beliau sebelum ini memberitahu majalah perniagaan itu bahawa dia merancang untuk menjauhkan diri daripada model perniagaan tradisional, yang meletakkan kepentingan pemilik dan pengurusan berbanding pekerja mereka.

“Saya belajar hampir 70 tahun lalu betapa pentingnya kerja keras dan kebaikan untuk berjaya. Apabila perniagaan kecil kami berkembang, saya menyedari bahawa saya mempunyai peluang besar untuk bermurah hati,” katanya.



Moore juga melaporkan bahawa pernah menolak banyak tawaran kerana dia terlalu sayangkan syarikat itu untuk menjualnya.

Walaupun bersara daripada syarikat itu pada 2018, Moore kekal sebagai ahli lembaga pengarah sehingga kematiannya.

Moore mengasaskan syarikat itu ketika dia berumur 49 tahun. Beliau sebelum ini memiliki stesen minyak dan bekerja sebagai pengurus kedai di JCPenney iaitu rangkaian gedung serbaneka.

Menurut Forbes, pendapatan syarikatnya dijangka melebihi AS$100 juta (kira-kira RM479 juta) pada 2018. Bob’s Red Mill menjual lebih 200 item di lebih 70 negara.



Sumber – HARIAN METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading