Yang tinggi bertemu yang rendah

Oleh – Syeikh Baran


Yang tinggi bertemu yang rendah
GAMBAR pertemuan semula Sultan Kosen dan Jyoti Amge. FOTO X/ Jyoti Amge

Orang paling tinggi dan pendek di dunia bertemu semula selepas mereka pertama kali ditemukan untuk sebuah penggambaran di Mesir, enam tahun lalu, lapor portal Independent.

Mereka bergambar bersama ketika bersarapan di California, Amerika Syarikat (AS) sebelum memuat naik foto itu sebagai meraikan pertemuan berkenaan.



Sultan Kosen, 41, dari Turkiye, memiliki ketinggian kira-kira 248 sentimeter (sm) boleh dilihat menjulang Jyoti Amge, 30, dari India. Wanita itu hanya berketinggian 62 sm.

Kedua-duanya adalah pemegang Rekod Dunia Guinness (GWR) kerana ketinggian luar biasa itu.

Dalam satu gambar, Amge hanya lebih tinggi sedikit daripada kasut Kosen, apabila dia berdiri di sebelah kasut lelaki itu.

Di tempat lain, tinggi wanita itu dilihat hampir tidak mencapai bahu Kosen walaupun lelaki itu duduk, dan wanita itu berdiri di atas kerusi berhampirannya.

Gambar-gambar pertemuan mereka yang diterbitkan agensi berita itu tidak menyatakan dengan jelas siapa yang menganjurkan lawatan mereka ke AS.



Media melaporkan bahawa pasangan itu pergi ke Los Angeles atas jemputan penerbit Amerika yang tidak dinamakan, yang juga merancang untuk merakam pertemuan mereka.

Kedua-duanya kali terakhir bertemu pada 2018 apabila mereka melawat Mesir, bergambar di sebelah piramid Great Sphinx of Giza. Sphinx juga memegang rekod dunia secara rasmi sebagai arca monolitik terbesar di dunia.

Kosen secara rasmi menjadi lelaki tertinggi di dunia yang masih hidup, pada tahun 2009. Pada masa itu, dia adalah lelaki pertama yang masih hidup dengan ketinggian lebih 2.4 sm dalam tempoh 20 tahun.

Dia juga memegang rekod untuk tangan terbesar di dunia. Saiz itu adalah hasil daripada keadaan perubatan yang dipanggil pituitary gigantism yang menyebabkan tulang dan bahagian badannya berkembang pada kadar yang lebih cepat berbanding kebanyakan orang.



Sementara itu, Amge menerima gelaran wanita terpendek di dunia pada 2011 selepas sebelum ini memegang rekod sebagai remaja terpendek di dunia. Keadaan wanita itu kerana achondroplasia.

Sumber – HARIAN METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading