Syamimia Bidas Komen Netizen Sindirnya Tak Bertudung [VIDEO]

“Wah Cantik Bahasa…”

Syamimia Bidas Komen Netizen Sindirnya Tak Bertudung [VIDEO]

Syamimia Bidas Komen Netizen Sindirnya Tak Bertudung [VIDEO]

Pempengaruh media sosial, Syamimia terdahulu pernah mendapat kritikan netizen selepas dikatakan tidak cakna mengenai nasib yang menimpa rakyat di Palestin.

Kali ini, Syamimia menerusi video yang dimuatnaik di TikTok memaparkan dirinya bersama keluarga sedang menyediakan hidangan makan malam di dalam rumah PPR miliknya yang masih di dalam proses pengubahsuaian.

“Sempat live dekat IG tadi masak sambal tumis untuk makan malam ni. Jemput makan 💕.”-kapsyen Syamimia di TikTok

@syamimia_

Sempat live dekat IG tadi masak sambal tumis untuk makan malam ni. Jemput makan 💕

♬ Ylang Ylang – FKJ & ((( O )))

Disindir Netizen Tak Pakai Tudung Namun Mampu Renovate Rumah?

Walaubagaimanapun, salah seorang netizen dilihat memberikan komen yang menyindirnya ‘renovate’ rumah, namun masih tidak memakai tudung.

“Renovate rumah boleh. Beli tudung tu tak boleh. Tu lagi heran 😅.”-komen salah seorang netizen

Syamimia Beri Respon!

Tidak berdiam diri, Syamimia dilihat membalas komen netizen berkenaan dengan menitipkan doa agar setiap perbuatan netizen tersebut secantik pemakaian dan wajahnya.

“Wah cantik bahasa akak. Semoga perbuatan akak di dunia ini sama cantik dengan pemakaian dan wajah akak.”-balas Syamimia

Syamimia Bidas Komen Netizen Sindirnya Tak Bertudung [VIDEO]

Meskipun mendapat sindiran oleh segelintir netizen, rata-rata peminat memberikan kata-kata semangat buat pempengaruh media sosial ini untuk melalui kehidupan dengan tenang serta mengabaikan kata-kata negatif di media sosial.

Terdahulu, pempengaruh media sosial ini pernah dikritik netizen sehingga kehilangan ratusan ribu pengikut di TikToknya. Hal ini berlaku susulan isu Syamimia dikatakan enggan menggunakan pengaruh dan platform media sosialnya untuk menyebarkan kesedaran pergolakan yang sedang berlaku di Palestin.

Syamimia Bidas Komen Netizen Sindirnya Tak Bertudung [VIDEO]


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

SPANCO: SPRM Rakam Keterangan Tengku Zafrul, Akan Panggil Muhyiddin

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker