Restoran celup cawan digunakan dalam baldi, susun atas rak

Oleh – Syeikh Baran


Restoran celup cawan digunakan dalam baldi, susun atas rak
Cawan yang direndam di dalam baldi kemudian disusun atas rak. – KhaoSod

Seorang pelanggan berkongsi klip video memaparkan amalan kebersihan di sebuah kedai nasi ayam popular di Bangkok, Thailand, lapor laman berita Thaiger semalam.

Video dikongsikan dalam kumpulan Facebook We Are Consumers itu mencetuskan kritikan orang ramai mengenai standard kebersihan dan keselamatan kedai makan. 

Berdasarkan video tersebut, seorang pekerja dilihat merendam beberapa cawan dan penyedut minuman yang sudah digunakan pelanggan di dalam sebuah baldi berisi air. 

Seorang lagi pekerja kemudian mengangkat cawan tersebut dan membuang penyedut minumannya sebelum menyusunnya di atas rak untuk digunakan semula.

Tindakan pekerja itu dikecam dengan segelintir netizen mempersoalkan tentang keberkesanan kaedah pembersihan tersebut dan risiko yang ditimbulkan kepada kesihatan orang awam. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker