Adakah Hadi Awang Tidak Menghormati YDP Agong?
Adakah Hadi Awang Tidak Menghormati YDP Agong?
Sudah menjadi kelaziman dan amalan, setiap kali pembukaan penggal baru persidangan parlimen, ianya akan dirasmikan oleh YDP Agong.
Bagi peringkat negeri pula, ianya akan dirasmikan oleh Raja atau Sultan atau Tuan Yang Terutama Negeri.
Juga menjadi kelaziman, setiap kali YDP Agong mencemar duli untuk merasmikan penggal baru, kesemua ahli parlimen akan hadir.
Ianya untuk mendengar sendiri titah serta amanat yang diberikan oleh YDP Agong.
Selain itu iaya juga sebagai menjunjung kasih ke atas YDP Agong kerana sudi mencemar duli untuk merasmikan penggal baru persidangan.
Semalam, DYMM SPB YDP Agong ke XVII, Sultan Ibrahim telah berkenan untuk mencemar duli merasmikan penggal baru persidangan parlimen.
Tetapi amat mengejutkan, apabila kelibat ahli parlimen Marang yang juga presiden PAS, Hadi Awang, tidak kelihatan dalam istiadat semalam.
Timbul pelbagai persoalan dari orang ramai, mengapakah Hadi Awang tidak hadir di istiadat yang penting itu.
Ini adalah kali pertama Sultan Ibrahim merasmikan penggal baru persidangan parlimen sejak baginda ditabalkan sebagai YDP Agong ke XVII.
Malah ada bertanya, apakah Hadi sudah besar kepala hingga tidak ada perasaan hormat kepada institusi monarki negara.
Bukankah Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara adalah prinsip kedua di dalam Rukun Negara yang wajib dijunjung oleh semua pihak?
Setiausaha Politik Abdul Hadi, Syahir Sulaiman, tampil untuk memberikan penjelasan.
Menurut beliau, keadaan kesihatan Hadi tidak mengizinkan beliau untuk hadir dan sijil cuti sakit sudah diberikan kepada YDP Dewan Rakyat.
Penulis tidak dapat mengesahkan kenyataan Syahir, tetapi memandangkan Hadi merupakan seorang ahli parlimen yang kerap ponteng, maka ianya diragui.
Apa yang penulis mahu tekankan di sini adalah, bagaimana Hadi boleh membawa suara rakyat sekiranya beliau selalu ponteng dalam persidangan Dewan Rakyat?
Bukankah kesemua elaun yang beliau nikmati itu datangnya dari rakyat yang mengamanahkan beliau untuk membawa suara rakyat ke parlimen?
Adakah Hadi Awang Tidak Menghormati YDP Agong?
Di Syorkan Untuk Anda:
- Cukup Cukuplah Memfitnah PAS
- Bukan Sekali Hadi Awang Jual Temberang
- Tenang Abah, Dah Kena Panggil Nanti Baru Boleh Menggelabah