Annuar Musa Punya Sembang
Annuar Musa Punya Sembang
Dalam satu ceramah politik di Bagan Datuk, Annuar Musa berkata beliau tidak pernah tengok harga barang semahal sekarang.
Beliau juga menyifatkan kerajaan yang ada sekarang sudah gagal dan menyusahkan rakyat marhaen di seluruh negara.
“Kerajaan yang ada pada hari ini adalah kerajaan yang gagal segagalnya”.
“Saya jadi menteri di bawah lima Perdana Menteri, saya tak pernah tengok harga barang semahal yang ada sekarang”.
“Saya tak pernah tengok tarif elektrik semahal yang ada sekarang, cukai SST setinggi sekarang, mata wang jatuh serendah sekarang”.
“Inilah saat yang paling dahsyat, paling sukar sekali bagi rakyat”.
“Saya tidak menuduh, saya tidak menyerang peribadi, saya hanya menyatakan fakta,” kata Annuar Musa.
Benar, Annuar Musa hanya menyatakan fakta, tetapi dalam masa yang sama, beliau juga menyembunyikan sebahagian dari fakta.
Masa Annuar Musa jadi Pengerusi Jihad Tangani Inflasi, inflasi kita naik hingga 4.7%.
Waktu itu, apakah yang telah beliau lakukan untuk menangani inflasi negara yang mencanak naik?
Tidak ada satu pun yang beliau lakukan untuk menangani inflasi selain dari memberikan alasan demi alasan.
Ketika itu beliau berkata, kenaikan harga barang adalah kerana terkesan dari fenomena global.
Beliau juga mengecam pihak yang menjadi musuh politik kerajaan ketika itu dengan mengatakan ianya dijadikan isu politik untuk menghentam kerajaan.
Sekali harga barang naik, bukan mudah untuk turunkan balik melainkan permintaan menurun atau ekonomi meleset dan berlaku deflasi.
Sekarang kadar inflasi sudah menurun dari 4% kepada 1.5%.
Ini bermaksud, secara bandingan, kenaikan harga barang sekarang adalah lebih perlahan dari kadar kenaikan sebelum ini.
Penulis tidak nafikan masih berlaku kenaikan harga barang, tetapi ianya lebih perlahan dari kenaikan yang berlaku dari regim pentadbiran yang sebelum ini.
Itu adalah fakta yang sengaja Annuar Musa sembunyikan.
Mungkin untuk meletakkan bebanan kegagalan beliau kepada pihak lain supaya beliau dilihat suci.
Annuar Musa Punya Sembang
Di Syorkan Untuk Anda:
- Cukup Cukuplah Memfitnah PAS
- Bukan Sekali Hadi Awang Jual Temberang
- Tenang Abah, Dah Kena Panggil Nanti Baru Boleh Menggelabah