Pemimpin PPBM Sendiri Tidak Yakin Dengan Pindaan Perlembagaan PPBM
Pemimpin PPBM Sendiri Tidak Yakin Dengan Pindaan Perlembagaan PPBM
Ketua penerangan PPBM, Razali Idris, mencabar 6 orang ahli parlimen PPBM yang menyokong Kerajaan Perpaduan supaya mengosongkan kerusi parlimen mereka.
“Tak perlu nak minta ihsan politik atau tunggu keputusan mahkamah”.
“Kalau anak jantan, kosongkan sekarang”.
“Kita uji sekarang”.
“Ini dikatakan pengkhianat sejati, tak tahu malu”.
“Sekiranya ahli-ahli parlimen berkenaan yakin sokongan rakyat berada di pihak mereka dan bukan parti, mereka patut melepaskan kerusi masing-masing tanpa perlu menunggu keputusan mahkamah”.
“Kalau selama ini mereka kata ada penyokong, mereka patut letak jawatan sebagai ahli parlimen”.
“Tak perlu kecoh-kecoh”.
“Uji kekuatan sendiri”.
“Bertanding atas tiket apa pun, tak ada masalah”.
“Kita nak kerusi parti diserahkan balik pada rakyat,” kata Razali.
Kenyataan Razali adalah susulan dari kenyataan yang dibuat oleh keenam-enam ahli parlimen PPBM yang mengatakan mereka akan menunggu hingga mahkamah membuat keputusan.
Baru-baru ini, PPBM telah membuat pindaan ke atas perlembagaan parti tersebut.
Pindaan Perlembagaan PPBM yang telah diusulkan supaya dipinda adalah Fasal 10.4, 10.5 dan 10.6.
Tujuan utama pindaan tersebut dibuat adalah untuk membolehkan PPBM mengambil tindakan ke atas 6 orang ahli parlimen mereka yang menyokong Kerajaan Perpaduan.
Selain itu, ianya juga adalah untuk menyekat dari ahli parlimen PPBM yang lain dari mengikut langkah yang sama dengan 6 orang rakan mereka.
Persoalannya, sekali pun ROS meluluskan pindaan tersebut, adakah ianya akan memberi kesan terhadap 6 orang ahli parlimen tersebut.
Ini adalah kerana kesemua mereka beralih sokongan sebelum pindaan tersebut dibuat dan diluluskan.
Apakah ada peruntukan undang-undang yang membolehkan tindakan diambil sekiranya ia dilakukan sebelum pindaan perlembagaan diluluskan?
Melainkan ianya dilakukan selepas pindaan diluluskan, maka tindakan undang-undang boleh diambil.
Tetapi dari kenyataan Ketua Penerangan PPBM, jelas beliau sebenarnya cuba melakukan provokasi ke atas 6 orang ahli parlimen PPBM tersebut.
Jelas pada penulis, beliau sebenarnya tidak yakin ianya akan memberi kesan kepada 6 orang ahli parlimen itu…😂😂😂
Pemimpin PPBM Sendiri Tidak Yakin Dengan Pindaan Perlembagaan PPBM
Di Syorkan Untuk Anda:
- Pilihan Untuk Mahathir, Beri Kerjasama Pada RCI Atau Di Tangkap
- Bangsa Melayu Mudah Tertipu
- Siapa Isham Untuk Desak UMNO Buat Referendum Suara Mengenai Muafakat Nasional