Ungu Masih Berbisa, Berjaya Pukau 5,000 Peminat Di Kuala Lumpur! [VIDEO] 

Ungu Masih Berbisa, Berjaya Pukau 5,000 Peminat Di Kuala Lumpur! [VIDEO] 

Ungu Masih Berbisa, Berjaya Pukau 5,000 Peminat Di Kuala Lumpur! [VIDEO] 
Ungu Masih Berbisa, Berjaya Pukau 5,000 Peminat Di Kuala Lumpur! [VIDEO]
Kumpulan Ungu baru-baru ini telah mengubat rindu peminat dengan lagu-lagu hits mereka seperti Kekasih Gelapku, Tercipta Untukku, Demi Waktu dan banyak lagi ketika memberikan persembahan pada Konsert Mayapada Ungu Live In Kuala Lumpur- 30 Hits Timeless pada malam Ahad.

Membawakan Lebih 20 Lagu Hits Pada Mayapada Ungu Live In Kuala Lumpur

Dalam konsert ini, kumpulan Ungu yang dianggotai Pasha (Vokalis), Enda (Gitar), Oncy (gitar), Makki (bass), dan Rowman (dram) ini telah mempersembahkan lebih dari 20 lagu di hadapan 5,000 penonton dalam acara yang dianjurkan oleh AKE Group dan Icon Entertainment ini.

  1. Hampa
  2. Percaya Padaku
  3. Berikan Aku Cinta
  4. Cinta Gila
  5. Sejauh Mungkin
  6. Saat Bahagia
  7. Aku Bukan Pilihan Hatimu
  8. Aku Tau
  9. Seperti Yang Dulu
  10. Dirimu Satu
  11. Mencari Alasan – Exists
  12. Di Sana Menanti Di Sini Menunggu – Ukays
  13. Bila Tiba
  14. Andai Ku Tahu
  15. Berjanjilah
  16. Untukmu Slamanya
  17. Hati Yang Kau Sakiti
  18. Di Sini Untukmu
  19. Dilema Cinta
  20. Laguku
  21. Kuingin Selamanya
  22. Luka Disini
  23. Melayang
  24. Baik Dan Burukmu
  25. Kekasih Gelapku
  26. Cinta Dalam Hati
  27. Tercipta Untukku
  28. Demi Waktu
  29. Seperti Mati Lampur

Beri Penghormatan Buat Pemuzik Malaysia

Dalam pada itu, vokalis kumpulan Ungu iaitu Pasha atau nama sebenarnya Sigit Purnomo Said turut memberikan penghormatan kepada pemuzik Malaysia era 90-an yang banyak memberi inspirasi serta rujukan kepada mereka sewaktu mahu memulakan karier nyanyian di Indonesia.

“Saya mewakili pemuzik Indonesia mahu mengucapkan terima kasih buat para pemuzik di Malaysia yang sudah banyak memberi rujukan kepada kami.”-kata Pasha ketika konsert berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur

 

View this post on Instagram

A post shared by UNGU (@ungu_band)



Pasha kemudian menghiburkan para peminat yang hadir dengan menyanyikan dua buah lagu terkenal kumpulan legenda iaitu Exists (Mencari Alasan) dan Ukays (Di Sana Menanti Di Sini Menunggu)

Kumpulan Ungu tetap menjadi pujaan serta berjaya mencipta memori indah dalam diri peminat yang hadir pada konsert mereka baru-baru ini.

Ungu Masih Berbisa, Berjaya Pukau 5,000 Peminat Di Kuala Lumpur! [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PAS mahu BERSATU bersih dari kluster Mahkamah?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker