Ferrari ditemui semula selepas 3 dekad dicuri

Oleh – Syeikh Baran


Ferrari ditemui semula selepas 3 dekad dicuri
KERETA Ferrari milik Berger yang dicuri di Itali tetapi ditemui polis di London baru-baru ini. – Foto AFP/Getty Images/Polis Metropolitan

Polis Britain akhirnya menemui sebuah kereta Ferrari yang dicuri daripada pemandu Formula Satu (F1) Austria, Gerhard Berger, di Itali hampir tiga dekad lalu, lapor laman berita NBC News semalam.

Ferrari F512M berwarna merah itu adalah salah satu daripada dua supercar yang dicuri semasa pemandunya berada di Imola untuk menyertai acara Grand Prix San Marino pada April 1995.



Pasukan Polis Metropolitan London dimaklumkan oleh pengeluar kereta itu pada bulan Januari lalu bahawa sebuah Ferrari dalam proses dijual kepada pembeli Amerika Syarikat (AS) oleh seorang broker dari Britain.

Siasatan yang dilakukan oleh Unit Jenayah Kenderaan polis mendapati kereta itu telah dibawa ke Britain dari Jepun pada akhir 2023.

Anggota polis kemudian merampas kereta itu, yang dikatakan bernilai hampir £350,000 (RM2.1 juta).

Bagaimanapun, sebuah lagi Ferrari yang dicuri masih belum ditemui. – AGENSI



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading