Hampa hanya terima wasiat RM300

Oleh – Syeikh Baran


Hampa hanya terima wasiat RM300
GAMBAR fail menunjukkan Mahkamah Tinggi London. – Foto AFP/Getty Images

Seorang datuk yang kecewa kerana lima cucunya jarang melawatnya semasa dia hidup mewasiatkan harta bernilai hanya £50 (RM300.75) kepada setiap seorang.

Ia hanya sebahagian kecil daripada nilai kekayaannya iaitu kira-kira £500,000 (RM3 juta), lapor akhbar Daily Mirror semalam.



Frederick Ward Snr, meninggal dunia pada 2020. Dia mewasiatkan hampir semua kekayaannya kepada anak-anaknya iaitu Terry Ward, Fred Jr. dan Susan Wiltshire.

Namun, lima cucunya yang merupakan anak kepada Fred hanya mendapat £50 setiap seorang.

Mereka kemudian membawa kes itu ke mahkamah dengan mendakwa bahawa wasiat terakhir datuk mereka pada 2018 adalah tidak sah.

Frederick, memberitahu peguamnya ketika masih hidup bahawa dia berasa kecewa kerana lima cucunya tidak melawatnya semasa dia dimasukkan ke hospital sebanyak tiga kali akibat masalah paru-paru.



Hakim Mahkamah Tinggi London, Master Brightwell yang membuat keputusan itu kemudian menjelaskan bahawa wasiat Frederick pada 2018 adalah rasional. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button