900 jam tangan mewah termasuk Rolex hilang

Oleh – Syeikh Baran


900 jam tangan mewah termasuk Rolex hilang
SEUTAS jam tangan Rolex yang diberi pinjam kepada Toke Match. – PEMILIK

Sebilangan pemilik Rolex dan jam tangan mewah lain menerima wang setiap bulan dengan meminjamkan barangan mereka kepada syarikat berpangkalan di Osaka, Toke Match yang akan menyewanya pula kepada pelanggan.

Syarikat pengendali Toke Match, Neo Reverse mengumumkan penamatan perkhidmatannya pada 31 Januari lalu dan berjanji memulangkan semua jam mahal berkenaan.



Bagaimanapun, para pemilik 900 jam itu yang bernilai 1.9 bilion yen (RM59.2 juta) kesemuanya,  tidak mendapat jam masing-masing semula, lapor akhbar Asahi Shimbun dan media tempatan lain. Semua jam itu dimiliki oleh kira-kira 190 pemilik.

Sebilangan jam tangan terbabit turut dilihat di laman lelongan online sekali gus mendorong pemiliknya memfailkan berpuluh-puluh aduan polis di seluruh Jepun.

Polis Tokyo  mengeluarkan waran tangkap terhadap pemilik Toke Match,  Takazumi Kominato, 42, kerana disyaki menyeleweng jam tangan Rolex, lapor agensi berita Jiji Press semalam yang memetik sumber penyiasatan.

Bagaimanapun, Kominato berlepas ke Dubai lewat Februari lalu dan polis merancang meletakkan dia dalam senarai orang buruan antarabangsa. – AFP



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading