Memorabilia konsert Taylor Swift dijual RM530

Oleh – Syeikh Baran


Memorabilia konsert Taylor Swift dijual RM530
Konfeti berwarna-warni turut dijual pada harga SG$1.50 (RM5.28) sehelai. – Carousell/Mothership

Peminat penyanyi pop terkenal, Taylor Swift menjual semula memorabilia berkaitan  konsert penyanyi itu di Singapura pada harga mencecah SG$150 (RM528), lapor portal berita Mothership kelmarin.

Berdasarkan tinjauan Mothership di laman e-dagang Carousell, antara barangan yang dijual semula termasuk gelang tangan berlampu, konfeti dan pemetik gitar.



Seorang penjual mengiklankan satu beg konfeti yang diperoleh daripada konsert Swift pada harga SG$30 (RM105).

Meskipun pada awalnya konfeti itu dijual dalam kuantiti besar, penjual tersebut kemudian menukar strategi jualannya.

Dia menawarkan konfeti berwarna-warni itu secara berasingan dengan setiap helaian berharga SG$1.50 (RM5.28).

Selain itu, gelang tangan berlampu dijual pada harga antara SG$9.99 hingga SG$35 (RM35.17 hingga RM123) seutas.



Turut dijual adalah pemetik gitar yang didakwa diberi oleh Swift sendiri kepada pekerja hotel sebagai tanda penghargaan.

Pemetik gitar yang mempunyai wajah penyanyi lagu Blank Space itu dijual pada harga SG$150 (RM528) dan telah pun mempunyai pembeli.

Konsert The Eras Tour Taylor Swift telah dan bakal diadakan selama enam hari di Singapura iaitu pada 2,3,4,7, 8 dan 9 Mac ini. – AGENSI 

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button