Pemuda lamar kekasih di konsert Taylor Swift

Oleh – Syeikh Baran


Pemuda lamar kekasih di konsert Taylor Swift
RIAN melutut di depan Gio di konsert Swift di Singapura baru-baru ini. – Foto TikTok/@jjoelnaa

Seorang lelaki Indonesia melamar kekasihnya pada konsert penyanyi terkenal Amerika Syarikat (AS), Taylor Swift di Stadium Nasional, Singapura, lapor portal berita Tribun Trends hari ini.

Satu rakaman video di platform TikTok menggunakan akaun @jjoelnaa yang mencatatkan tarikh 2 Mac lalu menunjukkan lelaki berkenaan, Ignasius Rian melamar kekasihnya ketika Swift menyanyikan lagu berjudul Love Story.



Ketika penonton menyanyikan bersama-sama lagu dendangan Swift, pemuda berkenaan mengeluarkan kotak cincin lalu melutut di hadapan kekasihnya yang sedang memegang telefon bimbit.

Wanita itu terkejut dan kelihatan terharu, manakala penonton di sekeliling mereka menjerit melihat detik romantik itu.

Dalam klip video sama,  gadis berkenaan, Angela Gio menerima lamaran teman lelakinya.

“Perjuangan kami berdua untuk menonton (konsert) Swift. Kekasihku suka Taylor Swift sejak SD (Sekolah Rendah),” kata Rian. – AGENSI 



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading