Kahwin di hospital kerana pengantin perempuan sakit perut

Oleh – Syeikh Baran


Kahwin di hospital kerana pengantin perempuan sakit perut
Majlis perkahwinan Patra dengan Mukherjee diadakan di Hospital Kolkata baru-baru ini. – Foto TOI

Sepasang kekasih terpaksa melangsungkan perkahwinan di sebuah hospital selepas bakal pengantin wanita mengalami  sakit perut dua hari sebelum detik bahagia mereka, lapor portal berita Odishatv.in semalam.

Sucharita Patra yang merupakan seorang ahli mikrobiologi bekerja di Delhi, sudah lama menunggu hari istimewanya dengan jurutera di Noida, Amit Mukherjee.



Pasangan itu dijadualkan melangsungkan perkahwinan dalam satu majlis mewah.

Malangnya, Patra disahkan menghidap virus hepatitis dua hari sebelum majlis perkahwinannya dan dia dimasukkan ke sebuah hospital di Kolkata kerana sakit perut.

Selepas mendapat persetujuan daripada keluarga masing-masing, pasangan itu melangsungkan perkahwinan di hospital tersebut dengan dikelilingi oleh keluarga, kakitangan hospital, doktor, jururawat serta rakan pesakit.

Menurut sumber, pada mulanya, keluarga itu meminta kebenaran pihak hospital agar Sucharita dibawa keluar dengan ambulans selama sejam sahaja untuk menghadiri majlis perkahwinan. – AGENSI



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading