Muhyiddin Kian Longlai, PPBM Makin Terkulai

Muhyiddin Kian Longlai, PPBM Makin Terkulai

Muhyiddin Kian Longlai, PPBM Makin Terkulai

 

Belum kebah dengan tindakan 6 orang ahli parlimen yang beralih sokongan, PPBM dikejutkan pula dengan krisis dalaman PPBM Selangor.

Rabu lepas, bekas Ketua Badan Pimpinan PPBM Selangor, Abdul Rashid Asari mengisytiharkan sokongan kepada Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.



Abdul Rashid mengakui keputusan tersebut diambil secara sukarela tanpa sebarang tekanan.

Ia dibuat selepas meneliti titah ucapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin yang memuji pentadbiran kerajaan Selangor berada di landasan tepat, demi kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat.

Abdul Rashid juga memaklumkan akan ada 4 orang ADUN Selangor yang akan mengikuti langkah yang sama dalam masa terdekat.

Tetapi ianya dinafikan oleh Pengerusi Perikatan Nasional Selangor, Azmin Ali.



Tidak pasti siapa yang bercakap benar, hanya masa yang akan menentukannya.

Apa yang lebih menarik adalah tindakan yang diambil Abdul Rashid sebaik sahaja selepas PPBM meluluskan pindaan perlembagaan parti tersebut.

Tujuan PPBM meminda perlembagaan parti adalah supaya tindakan boleh diambil ke atas 6 orang ahli parlimen mereka yang bertukar arah.

Selain itu, iany juga bertujuan untuk menghalang mana-mana ahli parlimen atau ADUN PPBM dari melakukan tindakan yang sama.



Persoalannya, apakah pindaan perlembagaan tersebut masih belum cukup kuat untuk mengikat ahli parlimen dan ADUN PPBM?

Jika itu keadaannya, maka tiada keperluan untuk PPBM meminda perlembagaan parti.

Atau mungkin PPBM perlu mengkaji semula pindaan perlembagaan yang telah diluluskan untuk memperkemaskannya lagi.

Namun bagi penulis, tindakan beralih sokongan ahli parlimen dan ADUN PPBM adalah isyarat yang cukup jelas kepimpinan Muhyiddin dalam PPBM telah ditolak.



Bagaimana seorang yang cukup berpengalaman dalam kepimpinan di peringkat pusat dan negeri boleh gagal mengemudikan PPBM.

Sudah sampai masanya Muhyiddin berundur dan berikan laluan kepada muka baru.

Tidak perlu minta pendapat atau lampu hijau dari isteri beliau.

Ini soal kepimpinan parti dan bukan soal kepimpinan rumahtangga.



 

Muhyiddin Kian Longlai, PPBM Makin Terkulai

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading