Muhyiddin ‘kepala lompat’ parti – Anwar

Oleh – Syeikh Baran


Muhyiddin ‘kepala lompat’ parti – Anwar
Anwar bidas Muhyiddin yang mencabarnya untuk mengosongkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi DUN.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mencabarnya untuk mengosongkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Anwar berkata, persoalan itu sepatutnya dijawab oleh Muhyiddin sendiri memandangkan beliau adalah kepala lompat parti.



“Kepala parti lompat (Muhyiddin) nak cadang buat? Ia terpulang kepada Ahli Parlimen, kenapa tanya saya?.

“Dia yang pakar pergi lompat dan ‘scheme of things’, itu dia patut jawab. Orang dah hilang keyakinan kepada Bersatu terutamanya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung cabaran Muhyiddin terhadapnya untuk mengosongkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya pilihan raya boleh diadakan dengan segera.

Ini berikutan sokongan yang diberikan oleh wakil rakyat itu kepada Perdana Menteri sekali gus bertentangan dengan prinsip parti.



Terdahulu, beliau menghadiri Program Lawatan dan Ramah mesra ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di sini, hari ini.

Semalam, Muhyiddin dalam ucaptama pada Majlis Konvokesyen Wakil-Wakil Rakyat Perikatan Nasional 2024 menegaskan bahawa mandat harus dikembalikan kepada rakyat menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) di semua kerusi berkenaan.

Enam Ahli Parlimen daripada Bersatu yang telah mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri ialah Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Dr. Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Datuk Dr. Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) dan Mohd. Azizi Abu Naim (Gua Musang).

Seorang ADUN juga telah membuat tindakan yang sama baru-baru ini iaitu ADUN Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button